Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Moga semuanya sihat sejahtera.
Perjalanan umrah ni seramai 4 orang. Kami bertiga dan abang Wan Embong. Catatan ini agar aku tidak lupa
Umrah kali ni kami pergi dengan Tiram Travel, menggunakan visa pelancong
Arab Saudi tetapkan setiap jemaah mesti dapatkan suntikan sebelum masuk negara depa. Kami dapatkan suntikan tu kat Hospital Al Ridzuan, Ipoh dengan harga waktu tu RM145. Alhamdulillah kos suntikan dapat claim balik dari pejabat.
Kami tukar duit di Ipoh Best Changes SB. Masa tukar RM100 dapat 80 Saudi Riyal. Duit kita dah jatuh kadar tukarannya rendah.
Kami gi ke sana dalam musim panas. suhu di Madinah memang panas jika dibandingkan dengan suhu di Mekah
Untuk umrah ni, kami ambik insuran kakitangan kerajaan termasuk Afiq sekali.
SELASA - 20.08.2022
IPOH - KLIA - MADINAH
Untuk umrah ni, kami ambik insuran kakitangan kerajaan termasuk Afiq sekali.
IPOH - KLIA - MADINAH
Transport nak ke KLIA kami ambik VAN MBI. Kami berkumpul di rumah abang wan. Bergerak awal pagi ke KLIA. Nak cepat punya pasal mintak driver bawak laju, sudahnya dapat surat cinta dari AES
Kami berkumpul di KLIA menunggu kumpulan dari lain-lain negeri sampai. Bila semua dah berkumpul, mutawif serahkan tiket untuk check in. Masa menunggu Mutawif terdengar para mutawif bersembang antara mereka mengatakan air zam-zam tidak dapat bagi jemaah menggunakan visa pelancong. Nayer la macam ni, kalau tak boleh bawak balik air zam2
Selesai semua urusan kami masuk balai berlepas dalam pukul 1PM. Flight take off kul 3PM, Maghrib dalam flight tapi kami niat jamak takhir solat di Madinah. Sampai airport madinah dalam jam 10PM. Selesai semua ambik luggage tunggu bas nak ke Royal Madinah. Sampai di hotel hampir tengah malam, solat maghrib dan isyak di masjid nabi. selesai solat pegi ziarah Rasulullah

MADINAH
Rutin sewaktu di Madinah solat fardhu di Masjid Nabawi dan lawatan sekitar kota Madinah, tapi kami tak pernah ikut pun lawatan yang disediakan oleh pihak Tiram. kami berjalan sendiri. Tiap pagi berjalan kaki ke masjid Quba, malam 25/8/2022 kami ke bukit Uhud dan ziarah para syuhada
26/08/2022 - 30/08/2023
MADINAH - MEKAH - MALAYSIA
27/8/22 - Selepas ziarah wadaq, bersiap untuk bergerak ke Mekah. kami ambik pakej sekali dengan train. sungguh mudah dengan train.
30.08.2022 - Selepas solat asar kami ke PERKUBURAN MAALA, bersemadinya arwah TOK CHE MAN datuk aku.
Selepas solat isyak kami dijemput oleh Tayib dan fatiah ke rumah. di rumah Tayib kami dijamu nasi arab
Nak balik dah. Pada mulanya dikhabarkan tiada air zam2 untuk pemegang cisa pelancong, ALHAMDULILLAH Allah permudahkan segala urusan umrah dan ziarah kami, kami dapat bawak balik air zam2 untuk sanak saudara dan rakan taulan. Semoga ada lagi rezeki ke tanah suci mekah dan madinah
Sekian

No comments:
Post a Comment