Pengalaman menjejakkan kaki ke negara sebahagian kecil Eropah dan sebahagian lagi Asia iaitu Turkey 10D7N {16.01.2020–25.01.2020} dengan Tiram Travel.
Ada cerita mcm mana bleh terjadinya trip ni. Dari tahun 2018 selepas balik dari Melbourne kami dah plan nak pegi umrah tahun 2020 lepas AfiQ SPM. Minggu pertama AfiQ balik, 06 Julai 2019 kami pegi la ke Tiram Travel nak book untuk UMRAH Januari/Februari 2020.
Sampai kat sana, dah tengok tarikh2 yang nak pegi dah siap pilih masuk Mekah dulu dan balik dari Madinah. Staf tiram mintak pasport untuk semak sama ada kena bayar visa atau tak. Hasilnya kami kena bayar visa SAR2000.00 atau RM2300.00. Daripada bayar RM6900.00 untuk 3 orang baik tak payah pegi, punah harapan nak pegi umrah. Kami balik rumah dengan rasa yang sangat sedih. Lain yang dirancang lain pulak yang jadinya. Kita merancang tapi Allah yang tentukan.
Disebabkan dah tak boleh nak pegi Umrah, kami deside pegi melancong tahun 2020. Pilihan pertama Kashmir (dari tahun 2018) dan pilihan kedua Turki dan pilihan ketiga Beijing (dari tahun 2017).
Untuk trip Kashmir servey kat facebook Trip Abby. Kami menghubungi
Puan Abby untuk tanya pakej Kashmir Januari/Februari 2020. Dah
hampir nak comfem dengan trip Abby, tiba2 kashmir di landa krisis. Pikir punya
pikir batal nak ke Kashmir, keselamatan diri dan keluarga lagi penting. Takut
nak pegi negara tengah bergolak macam tu. Kali kedua batal trip ke
Kashmir, pertama tahun 2018 sepatutnya nak ke Kashmir tapi masa tu pakej yang
ditawarkan melebihi RM4000.00 sorang sudahnya batal tukar destinasi ke
Melbourne DIY.
Trip ke Turki kami servey dekat facebook jugak, banyak la jugak
agensi yang kami servey. Servey punya servey nampak kat Tiram yang paling murah
masa tu, Syarikat tengah buat promosi jelajah Turki RM3550.00 sahaja. Kashmir
dah kensel, apalagi terus grab travel ni jer lah. Malas
nak cari lagi dah, rasanya travel nilah yang paling murah setakat ni. So terus
lupakan Beijing sebab dah jumpa pilihan yang terbaik, lagipun afiQ tak berapa
suka nak ke Beijing. Nak bagi semangat kat afiQ cemerlang SPM,
Sabtu 27.07.2019 terus pegi book dekat cawangan Tiram di Ipoh.
Selepas raya haji, kerajaan Arab Saudi batalkan visa umrah mulai
tahun 1441H. Visa yang dikenakan Cuma RM350.00 saje. Dah serba salah dibuatnya,
sebab pelan asal nak pegi umrah 2020 disebabkan kena visa RM6900.00 untuk tiga
orang terus kensel umrah. Nak pegi kedua2nya tak mampu rasanya, trip
Turkey dah dibayar nak tak nak teruskan juga trip Turkey ni. Insyaallah
ada rezeki hujung tahun 2020 atau awal 2021 pegi UMRAH. Sebelum citer lebih2 kita ambik tahu pasal Turkey dulu yer.
THE REPUBLIC OF TURKEY
Turkey adalah sebuah negara Eurasia -
sebab terletak di antara Eropah dan Asia. Sebahagian dalam border Europe
dan sebahagian lagi dalam border Asia. Sebahagian besar terletak dalam
border Asia dan sikit saja sebenarnya yang terpisah dalam border Eropah.
Turkey ada 7 regions. Jangan
tersilap yer, ramai yang ingat Istanbul (Constantinople) adalah capital
tapi sebenarnya Ankara adalah capital negara Turkey. Ada sejarah
juga sebenarnya kenapa dipindahkan pusat pemerintahan di Istanbul ke Ankara
walaupun Istanbul adalah bandar terbesar di Turkey.
Bandar tumpuan pelancong - Istanbul, Bursa, Antalya, Goreme
(Cappadocia), Kusadasi, Alacati, Denizly (Pamukkale) dan Aydin. Walaupun Islam adalah agama dominan dengan mengamalkan garis panduan Mazhab Hanafi, Turkey adalah negara secular jadi tak ada agama rasmi.
Rakyat di Turkey bebas untuk menganut apa-apa agama tanpa sekatan.
Musim-Musim Di Turkey
Turkey ni negara empat musim, penting
untuk kita kenal pasti musim apa kita pergi untuk pastikan pakaian2 yang sesuai untuk dibawa dan macam2 lagi. Selalu semak website cuaca untuk persediaan yang sepatutnya.
Summer - June, July dan August
Autumn - September, October dan
November
Winter - December, January dan February
Spring - March, April dan May
Kami ni memang suka pegi tempat sejuk. Seminggu sebelum pegi hari2 AfiQ servey weather, dia kata tak sejuk sangat dalam 15 darjah celcius. Bila sampai Istanbul ha terkejut sejuknyaaaaaa lebih kurang macam dekat Korea tahun 2017 atau sejuk lagi.
Perbezaan Waktu
Perbezaan waktu Malaysia (Kuala Lumpur) dengan Turkey 6 jam.
Contoh kalau di Malaysia pukul 7AM, di Turkey pukul 1PM.
- Prepare mental dan fizikal hadapi segala kemungkinan buruk sebab
jelajah Turkey ni perjalanannya jauh dari 1 region ke region yang lain.
Dan tempat2 lawatan pun kena banyak berjalan;
- Passport (ic dan pasport email ke email sendiri) dll;
- Aktifkan kad debit utk kegunaan luar jangka;
- Tandas di Turkey ni macam kat KLIA tu air yang di dalam mangkuk
tandas. Orang yang biasa guna benda alah tu okla kalau tak biasa sila
sediakan botol mineral kosong yer.
- Baca doa musafir. Moga Allah permudahkan perjalanan.
Pergi Sendiri Atau Dengan Package?
Tak kisahlah kome nak pergi sendiri atau ikut travel
agencies. Dua2 pun OK ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dari
pelbagai sudut. Bila kita rancang perjalanan sendiri, kita dapat jimat dari sudut perbelanjaan.
Kalau ikut Travel Agensi pulak
seronok duduk dalam bus selesa layan perasaan tengok permandangan.
Semua dah diuruskan - makan, pengangkutan dan tempat tinggal. Walaupun rasa
terikat, tapi tetap puas sebab kami diberikan masa yang cukup untuk explore
satu-satu lokasi yang singgah.
Selamat Atau Tidak?
Secara amnya insyallah selamat, aman damai
bahagia saja keadaan disana.
Insurance Perjalanan
Wajib!!!!! Tak ada sunat2 dah memang wajib beli. Tahun2 sebelum ni kalau trip ke luar negara insuran pejabat yang uruskan. Kakitangan kerajaan ada kemudahan insuran untuk ke luar negara, tak payah nak pening2 cari insuran. Untuk trip turkey ni, pejabat kata kena beli sendiri kemudian baru claim. So aku pilih Etiqa Travel Insurance & Takaful (platinum) - pakej family murah sikit.
Ikut suka kome la nak pilih syarikat mana, aku pilih Etiqa sebab kalau sesuatu terjadi kat luar negara pihak syarikat boleh keluarkan GL, kalau syarikat lain kena bayar dulu claim kemudian. Kos perubatan kat luar negara mahal, kalau amaun bawah RM10,000.00 boleh la bayar dulu, kalau lebih mana nak cekau duit kat luar negara.
Itinerary Perjalanan Dan Tempat2 Menarik
Disebabkan aku pergi dengan Travel Agensi, tak pening kepala
nak susun perjalanan. Bawa duit untuk shopping jer yang lain semua telah
diuruskan. Alhamdulillah dengan trip ini
aku dapat pergi hampir semua tempat-tempat menarik di, cuma tak dapat
pegi tempat belon sebab cuaca tak mengizinkan. Perjalanan jelajah Turkey
ni agak panjang dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Tukar Duit Di Malaysia
Tolong tukar duit siap-siap di Malaysia. Kalau jalan sendiri mungkinlah boleh cari Money
Changer sebab tak melibatkan orang lain. Aku tukar di
E-Globex SB di Ipoh, tukaran masa tu 0.74, dan aku jugak tukar USD4.0980. Kome tukar duit siap-siap yer….
Penginapan
Pergi dengan Tiram Travel & Tours semua hotel 4
& 5 Star mewah belaka.
- Tiara Thermal & SPA Hotel - BURSA
- Le Bleu Hotel & Resort - KUSADASI
- Pamukkale Ninova Thermal SPA & Hotel - PAMUKKALE
- Suhan Cappadocia Hotel & SPA - CAPPADOCIA
- Karpalas City Hotel & SPA - BOLU
- Hotel Golden Way Giyimkent - ISTANBUL
- Pamukkale Ninova Thermal SPA & Hotel - PAMUKKALE
- Suhan Cappadocia Hotel & SPA - CAPPADOCIA
- Karpalas City Hotel & SPA - BOLU
- Hotel Golden Way Giyimkent - ISTANBUL
Roaming, Beli Simcard @ Portable Wifi
Penyesalan yang amat sangat trip ni sebab tak beli. Sudahnya harapkan wifi bas dan hotel jer. Kalau kome nak pegi,
better ambik wifi sebabnya di Turkey ni susah sangat nak dapat wifi free.
Cuba bayangkan kat Airport Istanbul pun tak de wifi. Wifi
bas dan hotel pun kadang2 ada tapi banyaknya tak de. Oleh itu
tuan2 dan puan2 semua silalah beli ya jangan jadi macam kami jadi pengemis
wifi. Kesian kat kamikan ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜.
Souvenir
Souvenir yang boleh dibeli - Turkish Delight,
Baklava, Saffron, Olive Oil, Rose Oil, Keychain, Fridge Magnet, Carpet, Lampu
dan DLL. Aku tukar TL1000 jer sebab nawaitu nak
berjalan tengok negara orang bukan nak shopping. Aku cuma beli
keychain, magnet, beg untuk mak dan aku juga 1 kotak Turkish
Delight pelbagai perisa (TL220) dan sekotak buahan kering (TL70) mahal nak
mampus di kedai Munira di Bursa. Siapa yang ikut travel agensi
mesti akan dibawa ke kedai Munira.
Kalau kome ke road trip dan jumpa souvenir murah2 dalam harga
TL2.00–TL3.00 beli la siap2. Alhamdulillah aku beli
keychain dan magnet masa road trip. Kalau kome ke Grand Bazaar, spend time juga
untuk meronda kedai-kedai di luar Grand Bazaar, tapi kami tak sempat nak ronda.
Hot Air Balloon Ride Di Cappadocia
Bayaran USD250 kalau nak naik, so kami tak naik lah sebab mahal
sangat dan tak mampu. Cuba kira untuk tiga orang USD750, kalau convert ke RM
berapa. Rasanya tak berbaloi untuk kami bertiga naik hot ballon tu dan
kebetulannya pulak waktu tu cuaca tak mengizinkan ballon tak naik hari yang
sepatutnya kami pegi.
Sediakan Bekalan Duit USD
Di Turkey depa terima duit USD dan EURO. Sebelum trip aku banyak baca blog dan daripada blog aku simpulkan
kena bawak duit USD. Jadi aku tukar USD250.00 untuk bekal di tangan.
Jangan Selfish
Tak kira apa pun peringkat umur, tolong jangan pentingkan diri sendiri. Time pergi dengan
kumpulan macam inilah kita boleh belajar perangai manusia. Alhamdulillah trip
ni secara keseluruhan semuanya sporting, sentiasa happening dan menghiburkan
(geng2 orang pencen la katakan).
Lain-Lain Tips
· Iron (aku tak bawak, aku bawak baju iron free)
· Extension
· International adapter
· Powerbank
· Payung
· Di Turkey ramai yang tak faham Inggeris
· Grand Bazaar, peniaga2 agak aggressive
OK DAH READY????? JOM KE TURKEY
KUALA LUMPUR - ISTANBUL (MAHAN AIR)
Alhamdulillah syukur dapat jejak kaki ke Turkey.
Subhanallah, pengalaman yang indah dan menarik. Trip ni kami pergi dengan pakej travel dari Tiram Travel, dengan kos RM3550.00 sorang kami jelajah Turkey dengan hotel 4-5 Star dan
makanannya yang superbbbb, murahkan. Kalau berminat kome survey dulu mana2 agensi yang menawarkan pakej ke
Turkey dan buat perbandingan. Dari tarikh aku buat bayaran, tak
sabar nak menjejakkan kaki ke bumi Turkey. TURKEY mu
tunggu kami datang, sangat2 Excited ni!!!!!
16 JANUARI 2020 (KHAMIS)
IPOH – KLIA
Seawal pagi bangun masak untuk bekal di KLIA (lama kat sini dalam
4 jam). Jam 10AM Afifah datang, jam 11.30AM kami gerak ke Terminal
Amanjaya, Ipoh. Kami naik bas Star Shuttle jam 12.30PM, sampai di KLIA jam
4.30PM terus cari surau sebab tak solat lagi. Lepas solat kami lepak
kat Tingkat 5 balai Pelepasan (Anjung Tinjau). Sebab waktu berkumpul di kaunter M7 check-in Mahan Air pada pukul
08:00PM.
Selepas solat Maghrib dan Isyak (Jamak) bergegas ke kaunter
M7 untuk check in berkumpulan. Waktu sampai tempat check in ramai
dah beratur (orang2 Iran nak balik negara depa), kami potong queue tu, ada la
minah Iran ni datang tegur kami suruh pegi beratur kat belakang sebab dia kata
kami dah potong line dia. Tapi kami buat bodo jer sebab yang beratur
tu untuk check in individu tempat kami nak pegi beratur ni check in
kumpulan, bengang dia sebab dia ingat kami dah potong line dia he he he….
Pertama kali jumpa dengan tour leader Encik Bahaki dan ahli2
group yang lain seramai 42 orang, ramaikan tapi alhamdulillah semuanya berjalan
lancar. Melihatkan Encik Bahaki buat keje sorang2, en. somi pegi tolong dia.
Selesai check in dengar taklimat ringkas perjalanan dari Encik Bahaki, lepas tu
kami terus bergerak ke aero train, rupanya depa ada tangkap gambar berkumpulan
tak da la kami dalam gambar tu. Ini pengalaman kedua penerbangan yang ada
transit, yang pertama masa umrah 2016 transit di Dubai.
16 JANUARI 2020 (KHAMIS)
KLIA – TEHRAN
Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Istanbul mengambil masa lebih
kurang 14 jam termasuk 3 jam transit di Tehran. 8 jam 45 minit penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tehran
(International Khomeni Airport – IKA) dan 3 jam lagi dari Tehran ke Istanbul. Kalau direct flight lebih kurang 11 jam lebih jer, tapi disebabkan transit jadi lama.
Kami meninggalkan Kuala Lumpur dengan penerbangan W5 082 tepat jam 11.30PM flight take off ke Tehran dan landing di Tehran tepat jam 3.30AM Waktu Iran
(17.01.2020). Alhamdulillah penerbangan ni kami dapat duduk sebaris, waktu check in serah pasport sekeluarga so depa buat seat dekat2.
Kami tak dapat seat tepi tingkap kena duduk tengah jadi tak dapat
nak ambil gambar wing. Take off lancar dan alhamdulillah smooth juga landing di
Tehran.
Walaupun tak de tv aku ok jer, cuma anak aku merungut sebab
bosan lama dalam flight. Makanan sedap kena
dengan selera aku, tambahan aku tengah kelaparan sebab aku pose hari
tu. Sebelum take off lagi aku dah tidur, sedar2 krew datang nak hidang
makan.
Lepas makan aku tak boleh tido pulak sebab aku dah tido
awal, kemudian krew datang bagi penutup mata, apalagi mata dah tak nampak apa
leboh la tido. Setiap seorang dapat bantal dan selimut sebab
penerbangan malam. Sedar2 krew datang hidang makan lagi
sekali, rezeki jangan ditolak.
17 JANUARI 2020 (JUMAAT)
TEHRAN – ISTANBUL – BURSA
Process transit sangat mudah hanya tukar terminal saja dan
dapatkan boarding pass baru Tehran - Istanbul.
Disebabkan kami transit hanya 3 jam di Tehran, tak ada apa sangatlah aktiviti
yang boleh dibuat. Aku tak tukar duit pun ke Iranian Riyal aku hanya tukar
ke USD sikit. Sebelum masuk boarding untuk ke Istanbul, cepat2 gi
solat subuh dulu kat surau Airport.
Kat sini ada cerita, waktu masuk gate untuk depart lelaki dan
perempuan masuk berasingan lelaki sebelah perempuan sebelah. Aku
masuk sorang2 ikut bahagian perempuan, masa turn aku entah apa
sebabnya berbunyilah pulak alarm kat situ apalagi dua tiga kali la ulang alik
depa tak puas hati, akhirnya dah banyak kali check baru depa lepas.
Lega dapat keluar dari situ aku mencari en. somi dan anak aku,
pucat aku mencari depa tak da kat depan ni rasa macam nak nangis dah. Tawakkal
aku berjalan ke depan ke pintu 12 dan nampak ada ahli group Tiram dah nak masuk
boarding lega aku rasa. Rupanya en. somi dan anak aku dah
keluar depa tak tunggu aku, depa ingat aku dah keluar sebab lama
sangat. Yang aku pulak dah keluar tunggu depa pulak, buang masa menunggu.
Punyalah nak marah sebab depa tak tunggu aku.
Perjalanan dari Tehran ke Istanbul lebih kurang 3
setengah jam lagi, flight kami W5 112 berlepas jam
6.30AM waktu Tehran dan Touch Down Istanbul jam 9.35AM waktu Turkey. Penat
memang penat sebab kena tunggu dan tukar flight. Kerja aku tido jer dalam
flight, dalam flight ni pun kami dihidang makan, bab makan mana boleh
tolak.
Setelah 14 jam perjalanan, akhirnya jam 9.30AM kami sampai
di Istanbul. Kalau naik Turkish Airlines ada
penerbangan terus dari Kuala Lumpur. Direct lebih kurang 11 jam lebih jer perjalanan. Airport Istanbul ni punyala besar, Rasanyanya macam Aiport
Dubai jugak jenuh berjalan sampai lenguh la kaki ni menapak.
Kami disambut mesra oleh tour guide
kami (Mr. Top) yang akan bawa dan teman kami sepanjang tempoh berada di Turkey. Disebabkan kelewatan sewaktu ambik luggage (ada ahli group
luggagenya hilang, budak USIM terambik), Mr Top decide kami terus pegi lunch.
Bas dropkan kami dekat restoran lepas tu dia gerak. Lepas lunch kami menapak ke bas untuk ke Topkapi Museum, Hagia Sophia dan Blue Mosque. Apalagi bergambar sakan la, macam jakun jer orang tengok kami setiap sudut nak ambik gambar. Bengang Mr. Top dengan kami he he he…..
![]() |
| Mr Top dan Encik Bahaki |
Bas dropkan kami dekat restoran lepas tu dia gerak. Lepas lunch kami menapak ke bas untuk ke Topkapi Museum, Hagia Sophia dan Blue Mosque. Apalagi bergambar sakan la, macam jakun jer orang tengok kami setiap sudut nak ambik gambar. Bengang Mr. Top dengan kami he he he…..
Bas bawak kami ke tempat lawatan tapi tempat tu bas tak
boleh masuk, dia dropkan kami kat tepi jalan, menapak la kami ingatkan dekat
rupanya jauh dah lah tempat tu tinggi rupanya. Mengah jugaklah kami.
![]() |
| HAGIA SOPHIA UNDER CONSTRUCTION |
Tour start with visit Topkapi Palace, seat of the Ottoman
Empire for four centuries and visit the Treasury. Keluar dari
Topkapi Palace kami melawat the Hippodrome, the sportive and
political center of the Old City to see Egyptian Obelisk, Serpentine Column and
German Fountain. Mr Top bagi masa sampai jam 3PM kat sini untuk bergambar.
Apalagi bergambar la untuk kenangan.
Sebelum jam 3PM kami dah tunggu kat luar tempat yang dijanji
tu dan Mr Top pun ada kat situ tengah minum. Lepas tu barulah
sorang2 muncul. Bila semua dah berkumpul bergerak ke Hagia Sophia
pulak, tak masuk dalam pun sebab under construction. Lepas dapat penerangan
dari Mr Top berkaitan Hagia Sophia ni kami teruskan perjalanan ke Blue Mosque.
Kami solat jamak zohor dan asar kat sini.
![]() |
| TUNGGU BAS |
Selesai solat sementara menunggu semua ahli group berkumpul
apalagi posing la depan masjid. Bila semua dah berkumpul kami
menapak ke bas, agak jauh jugak berjalan dari masjid ke tempat bas. Agak lama
jugak kami sampai kat tempat tunggu bas, basnya tak muncul2. Dah lah sejuk dok
kat luar pulak tu, akhirnya bas tiba. Semua dah naik bas perjalanan kami
seterusnya ke BURSA.
Sebelum trip ni aku baca blog kalau nak ke Bursa kena naik bot lagi dekat. Tunggu punya tunggu sampai sudah tak da naik bot pun. Agaknya kami dah lewat kot, bot dah tutup aku agak jer la. Perjalanan dari Istanbul ke Bursa ambik masa yang agak lama lebih kurang 4 jam. Sebelum sampai hotel bas stop 1 tempat nak isi minyak, kami turun masuk dalam kedai mencari MR TAN. Kat sini tak perlu bayar, tapi disebabkan turun bas lupa bawak botol kosong sudahnya beli air mineral untuk ke masuk tandas, hari pertama guna lira.
Kami sampai kat Tiara Thermal & SPA Hotel lebih kurang
jam 8PM, terus pegi makan dulu. Dah selesai makan baru masuk bilik. Konon lepas
solat nak ronda Bursa waktu malam, keluar hotel tengok sunyi sepi jer kawasan
hotel ni. Langsung cansel takut la pulak tempat orang. Sudahnya masuk bilik
packing bag.
Sebelum trip ni aku baca blog kalau nak ke Bursa kena naik bot lagi dekat. Tunggu punya tunggu sampai sudah tak da naik bot pun. Agaknya kami dah lewat kot, bot dah tutup aku agak jer la.
![]() |
| PERTAMA KALI GUNA LIRA DI SINI |
18 JANUARI 2020 (SABTU)
BURSA – KUSADASI
Subuh di Bursa jam 6.45AM, jam 7AM nak pegi breakfast dan
jam 8AM check out, kelam kabut jugaklah. Hari ni perjalanan mula melawat Ulu
Cami (Grand Mosque) the Green Mausoleum, the old Silk Market in the Covered
Bazaar. Kami diperdengarkan azan dari bilal atau mngkin penjaga masjid ni, sedapnya suara dia. Selesai jalan2 di situ pegi lunch at local restaurant.
Lepas lunch perjalanan diteruskan ke
Kusadasi, sebelum tu singgah di kedai Munira beli Turkish Delight. Jarak dari 1 tempat ke tempat yang lain jauh, banyak dok
dalam bas. Sampai di Le Bleu Hotel & Resort di KUSADASI dah
malam, lepas check in terus dinner kat hotel tu. Dah sampai malam mana nak berjalan2nya, dok terperok
dalam hotel jer lah sambil layan FB dan packing bag untuk perjalanan besok
pulak. Hotelnye cantik kalau kome nak tau puas hati sesangat, yang pastinya dekat dengan laut sebab dengar deruan ombaknya.
LOKASI 3
LOKASI 3
19 JANUARI 2020 (AHAD)
KUSADASI – PAMUKKALE
Macam pagi semalam Subuh di Kusadasi jam 6.52AM, jam 6.30AM
breakfast dan jam 7.30AM depart. Ambik keputusan breakfast dulu
kemudian baru solat. Setiap pagi memang kelam kabut.
Hari ni perjalanan dimulakan melawat kedai kulit (Caliga
Pelle), habis dengan pak2 aji kena tengok fesyen show ha ha ha. Baju
kulit untuk clear stok regenya USD250, aku mampu tengok jer. Ada satu
baju tu rege dia USD11,000.00 terbeliak biji mata aku.
LOKASI 1
LOKASI 1
Keluar dari kedai ni kami di bawak melawat ke Ephesus, Temple
of Artemis, & Basilica of St. John. Kat sini punyala banyak kucing macam
depa penjaga kawasan ni pulak di setiap sudut ada kucing. Keluar dari ancient city ni ada gerai2 jual macam2 cenderamata dan jual ais krim. Beli aiskrim afiQ nak harga TL20, mahal betul.
LOKASI 2
Kemudian Lunch in local restaurant kat Selcuk. Selesai
lunch teruskan perjalanan ke Pamukkale. Di Pamukkale kami dibawak melawat
Calcareous Hot Spring and Ancient City Hierapolis. Kat sini Mr Top
bagi masa sampai 6.15PM untuk kami pusing2 kawasan ni. Meralit punya pasal
yelah kawasannya cantik apalagi bergambar sakan tak sedar diri, rupanya
kami dah berjalan jauh ke dalam.
LOKASI 3
LOKASI 3
Sedar2 dah jam 5.45PM orang pun dah tak berapa ada dah nak
malam kan, tapi ada 1 group pengantin baru masuk nak ambik gambar wedding la
kot. Kelam kabut bergegas menuju ke bas termengah2 la berjalan sebab dah jauh
ke dalam, sampai kat bas ahli group dah ramai yang tunggu tapi nasib kami baik
sebab sampai kat bas dalam jam 6.10PM masih dalam tempoh yang MR Top
bagi.
Bila semua dah ada perjalanan diteruskan ke hotel Pamukkale Ninova Thermal SPA & Hotel.
Sampai kat hotel lebih kurang jam 6.30PM, dinner jam 7.00PM. Lepas
dah check in terus gi dinner. Lepas dinner balik bilik sebab tak da nak buat
apa, belakang bilik ada kolam air panas tapi tak sempat pun nak terjun dalam
kolam sebab dah malam. Esoknya pagi2 dah nak check out lebih baik packing
barang. Lepas pack barang tido, esok nak bangun awal.
20 JANUARI 2020 - (ISNIN)
PAMUKKALE – KONYA – CAPPADOCIA
Trip hari ni teramatlah jauhnya, 12 jam perjalanan. Breakfast jam
6AM depart jam 7AM subuhnya pulak 6.45AM, seperti semalam breakfast dulu kemudian
baru solat. Selesai solat check out dan start journey to Cappadocia, sebelum
sampai konya stop 1 kedai untuk rehat buang air dsb. Sebelum turun
bas Mr Top pesan jalan agak slippery. Kat sini aku cuba makan yogurt dgn
madu plus biji popi sedap jugak TL10. Dah ronda2 dlm kedai kluar kedai
bergambar la apa lagi. Dok ralit tangkap gambar, ahli group bagi hari ni suhu
-6, owh patutla sejuk giler.
Semua dah berkumpul dalam bas perjalanan diteruskan ke
Konya. Sampai kat Konya berhenti
untuk makan tengahari di restoran kat sini. Di sini salji
dah turun, apalagi main salji la mak budak he he he. Lepas lunch teruskan perjalanan ke Mevlana Museum.
Dalam perjalanan dari Konya ke Capoadocia
masyaalah cantiknya pemandangan kiri kanan dilitupi salji dan kadang-kadang
tengok salji turun dari dalam bas kalau boleh rasa nak suruh driver tu stop
kejap nak rasa macam mana salji turun sementara en. Somi pulak tak berhenti2
berdoa masa next stop nanti ada la salji turun.
Sampai konya bergambar kejap (tu jer la keje kami tiap kali stop bergambar dan mencari MR TAN) lepas tu pegi solat. Selepas solat aku dgn group perempuan pusing2 kejap kat
muzeum lepas tu aku gi tunggu di meeting point sementara menunggu ahli group
yang lain sampai kat depan masjid, anak dan en somi aku entah ke
mana. Rupanya depa pegi melawat keliling muzeum tu dan kat sini jugaklah
anak aku disapa oleh minah Turkey mintak nak bergambar, berkenan kot
tengok muka orang melayu he he he…
Dah puas aku dok depan masjid ni, anak dgn en somi aku sampai
lepas tu apalagi selfie la. Dok tengah ralit berselfie tiba2 macam kapas
berterbangan di udara. Dalam hati kata sampah apa ni, bila diperati betul2 subhanallah salji. Alhamdulillah mimpi menjadi nyata, seronoknya tak terkata. Inilah
pengalaman pertama melihat dan bermain semasa salji sedang
turun. Bayangkan dari tahun 2017 mencari salji turun, akhirnya 2020
selepas solat jamak zohor dan asar kat sini alhamdulillah melihat
secara live bagaimana salji turun. Bagai orang jakun bermain dengan salji yang
sedang turun.
Dah puas bermain dengan salji, perjalanan diteruskan ke
Cappadocia. Sebelum sampai hotel singgah di Caravanserai tapi kami tak masuk ke dalam tempat pameran tu sbab kena bayar TL5 bergambar kat luar jer. Biasalah kalau dah berenti tu aktivitinya ambik gambar dan cari MR TAN. Selesai semuanya teruskan perjalanan ke hotel. Sesampai di Suhan
Cappadocia Hotel & SPA selepas
selesai check in masuk bilik, luggage belboy bawakkan dan ditinggalkan kat lift
di level tempat penginapan kami, lepas makan malam baru kami pegi ambik.
21 JANUARI 2020 (SELASA)
CAPPADOCIA
Di Cappadocia kami stay 2 malam. Hari pertama
lepas breakfast jam 8.45AM kami bergerak (biasanya pagi2 7AM dah gerak) kami dibawa melawat kedai tembikar dekat
jer degan hotel dalam 5 minit perjalanan. Barang2 tembikar kat sini memang la
cantik. Harga dia pun cantik, mampu tengok jer.
![]() |
| DEPAN KEDAI TEMBIKAR |
Selepas tu kami di bawa ke tempat yang paling cantik di sini. Goreme open air museum dan hunting valley. Lepas dah puas berposing sakan kat sini pegi lunch, lepas lunch pegi kedai emas pun sama mampu tengok jer. Kedai emas ni dekat jer dengan restoran tempat kami makan, lepas makan jalan kaki jer ke sana. Goreme open air museum dan hunting valley
Lepas kedai emas kami di bawak ke kedai karpet pulak, aku
memang niat nak beli sejadah. Tapi mengenangkan harganya, mampu tengok jer la.
Nape la tour guide ni bawak ke tempat yang mahal2 macam mana orang macam aku ni
nak beli. Sejadah kat Mekah Madinah paling mahal pun 30 Riyal, walhal sejadah
yang dibeli kat Mekah dan Madinah datang dari Turkey jugak tak faham aku kenapalah yang
mahal sangat kat Turkey ni. Paling murah TL250 memang tak beli la.
Selesai semuanya balik hotel, sementara tunggu dinner aku
dengan afiQ pegi jalan2 sekitar hotel, jauh jugak jalan jumpa kedai apalagi
singgah la beli Turkish Delight 1 kotak TL17. Lepas tu
dah tak tau nak buat apa balik hotel, dalam perjalanan balik jumpa couple
mungkin dari Korea atau Jepun tanya kami kat mana kedai 7E, kami bagitaulah kat
mana kedai tu. Kedai tu tak jauhpun dari tempat yang dia tanya
senang la nak bagi direction kat dia kalau jauh jenuh jugak la nak kena
translate ha ha ha. Dah sampai sampai hotel aku masuk dalam sejuk sangat, afiQ
main dengan kucing kat luar.
Malam ni ahli group ni ada yang pegi tengok persembahan dervish
ceremony, kami tak join tak berbaloi rasanya nak tengok orang menari pusing2
dengan harga USD30. Baik tak payah dok kat hotel lagi bagus. Lepas dinner
packing beg esok nak gerak ke Bolu.
22 JANUARI 2020 - (RABU)
CAPPADOCIA – BOLU
Pagi ni bangun awal sebab hani ni nak gerak ke Bolu.
Breakfast dulu baru solat sebab waktu subuh lewat. Selesai semuanya
gerak ke Bolu dalam perjalanan ke sana kami singgah di Salt Lake dan
Ankara. Subhanallah cantiknya perjalanan dari Cappadocia ke Bolu ni.
Di salt lake tak de buat apa pun, singgah nak berposing jer kat tasek tu dan mencari MR TAN. Dah
siap berposing teruskan perjalanan ke Ankara. Di ankara kami di bawa melawat
muzium Kamal Artatuk, dah puas posing teruskan perjalanan ke Bolu.
Kami sampai Hotel Karpalas
agak awal jugaklah, pekerja tengah bersihkan bilik. Sian depa kelam
kabut buat keje bila guestnya menunggu di depan bilik. Dah siap masuk luggage
turun gi dinner. Lepas dinner kami jalan2
kat depan hotel lepas tu masuk bilik takut macam sunyi sepi jer kawasan tu. Group kami yang lain ada pergi mall. Depa pegi naik teksi, barang murah kat mall tu clearence
stok kata depa. Rugi pulak rasanya tak pegi.
23 JANUARI 2020 - (KHAMIS)
BOLU – ISTANBUL
Bangun
awal pagi, pegi breakfast jam 6AM, lepas tu baru solat. Jam 7AM check out untuk
ke Istanbul. Sampai kat Istanbul kami di bawak ke and lunch, tapi sebelum tu Mr
Top bawak kami naik bot, lama jugak la dalam bot tu dalam 30 minit. Lepas tu
pegi lunch kat Chincillas.
Lepas
makan pegi lawat Masjid Ayub Al-Ansari (sahabat nabi) dan solat jamak
zohor dan asar kat sini. Masyaallah ramainya orang bersolat kat sini, kami
solat kat luar jer tak boleh nak masuk.
Lepas selesai solat gerak ke bas nak ke Grand Bazar, masa dalam bas mencari sarung tangan tak jumpa. Rasanya sarung tangan aku jatuh di sini, kat melbourne AfiQ hilang Mafla dan sini aku hilang sarung tangan (nak pegi lagi kot) he he he…
Lepas selesai solat gerak ke bas nak ke Grand Bazar, masa dalam bas mencari sarung tangan tak jumpa. Rasanya sarung tangan aku jatuh di sini, kat melbourne AfiQ hilang Mafla dan sini aku hilang sarung tangan (nak pegi lagi kot) he he he…
Macam sebelum ni bas tak boleh masuk ke tempat
tu, sudahnya berjalan nak ke Grand Bazar. Dari tempat bas stop ke Grand Bazar
500 meter, dalam perjalanan ke ke sana kami singgah masjid (tak ingat masjid apa) sebab ada yang tak solat lagi. Dari sini ni kami ke Grand Bazaar nak shopping.
Mr Top bagi masa sampai 6.30PM kat Grand Bazar ni, belum sampai masa tu kami dah keluar dari Grand Bazar. Tak ada nak beli apa rasa macam mahal. Keluar dari bazar ni jalan2 kat lorong belakang, en. somi dahaga nak minum. Dia stop kat satu kedai ni order teh, hambek..... nak minum punya pasal 1 cawan kecik jer TL4. Bayar air teh guna last TL100, ada baki lagi duit masuk dalam bazar balik mencari kekacang tapi beli coklat berkacang. Mintak dekat orang kedai nak sikit jer sebab duit dah tak ade, tapi dia bagi banyak jugak. Sudahnya bagi apa yang ada kat tangan aku kemudian dia kata halal.
Tepat 6.30PM, Mr Top sampai. Kami gerak ke tempat dinner, dari sini nak ke sana 500 meter lagi dan dari tempat
makan ke bas 500 meter lagi jenuh berjalan hari2 terakhir di Istanbul. Last day
Dinner kami makan ikan, rupanya ada yang tak makan ayam. Dah last day baru tau.
Lepas dinner check in hotel.
Mr Top bagi masa sampai 6.30PM kat Grand Bazar ni, belum sampai masa tu kami dah keluar dari Grand Bazar. Tak ada nak beli apa rasa macam mahal. Keluar dari bazar ni jalan2 kat lorong belakang, en. somi dahaga nak minum. Dia stop kat satu kedai ni order teh, hambek..... nak minum punya pasal 1 cawan kecik jer TL4. Bayar air teh guna last TL100, ada baki lagi duit masuk dalam bazar balik mencari kekacang tapi beli coklat berkacang. Mintak dekat orang kedai nak sikit jer sebab duit dah tak ade, tapi dia bagi banyak jugak. Sudahnya bagi apa yang ada kat tangan aku kemudian dia kata halal.
![]() |
| DALAM GRAND BAZAR |
![]() |
| TEH TL4 |
24 JANUARI 2020 - (SABTU)
ISTANBUL – TEHRAN – KLIA
Lepas solat pegi breakfast, dah tak lalu nak makan dah masa
ni. Check out jam 9.30AM tak de la nak kelam kabut sangat seperti
selalu. Masa yang ada packing bag jer la kejenya, Tour Leader Encik Bahaki
ingatkan kat kami beg jangan lebih dari 30KG, kalau lebih pecahkan
beg. Kami memang tak da shopping apa, tak de la nak beranak beg tu.
9AM dah siap turun lobi untuk check out. 9.30AM
check out, perjalanan lebih kurang 30 minit dari hotel kami ke
airport. Semasa berjalan masuk boarding ada kedai2 jual barang2, rupanya kat afiq
ada lagi TL40 apalagi habiskan jer la kat sini kami beli roti untuk bekal masa di Tehran.
Flight kami W5 117 take off 1.20PM (24.01.2020)
waktu Turkey dan transit di Tehran kami tiba di IKA jam 4.50PM. Seronok AfiQ
Flight ni ada screen, kami dok belakang sekali. Disebabkan orang tak
ramai, en. somi dan anak aku pegi cari tempat sebelah tingkap. Tinggal la aku
sorang dok kat sini. Disebabkan aku demam aku tak kisah depa nak gi mana, aku
nak tido.
Sementara menunggu untuk boarding (balik ni transit kat Tehran ni lama sangat dekat 6 jam), jalan2 dalam IKA ni singgah kedai tengok barang2. Nak merasa punya pasal dan nak tinggalkan kenangan pernah singgah di Tehran pejam mata beli Baklava, Coklat, Mix Nut, air 2 botol semua sekali USD20.00(+-RM96.00 approx) hambek engkau jajan jer kot sampai banyak tu…..
JAJAN TURKI
Flight kami seterusnya W5 083 jam 10PM, jam 9PM kami dah mula masuk flight. Kali ni tempat kami kat belakang sekali (dinding di belakang kami) kat belakang tu tempat krew buat keje. OK jugak tempat tu sebab boleh baringkan kerusi tak payah nak risaukan orang belakang. Dah selesa dok kat sini, krew datang suruh kami pindah ke depan. Bengang jugak mulanya sebab kena pindah. Rupanya ada hikmah kami pindah, kami dapat tempat di depan sekali dekat dengan first class.
AfiQ dgn ayah dia apalagi masing2 cari tempat duduk di tepi tingkap la. aku tak kisah dok kat manapun, aku demam aku nak tido. Bagusnya flight ni walaupun tak da screen di depan tempat duduk, kerusi dia boleh dibaringkan habis sehabisnya, masa naik Emirates dulu pun tak boleh macam ni. Lepas makan aku baringkan kerusi aku, kemudian aku dok rasa ada orang dok pegang tangan aku, rupanya ada budak kat seat belakang aku, sudahnya aku tegakkan balik kerusi aku, macam mana aku nak tido dia dok kacau. Terkejut dari tido tengok ada orang solat, aku agak dia mesti solat subuh. Aku pun ambik wuduk, kejut en somi dan anak untuk solat. Melihat kebesaran Allah peralihan malam ke siang dari dalam flight, Alhamdulillah.
25 JANUARI 2020 - (SABTU)
KLIA – AMANJAYA – RUMAH
Dari IKA ke KLIA flight W5 083 Depart jam 10PM (24.01.2020)
tiba di KLIA 10.20AM (25.01.2020) waktu Malaysia. Aku
dari Istanbul lagi dah demam bertahan dengan makan ubat. Sampai kat
Malaysia lagi teruk demam aku. Dok risau kena tahan di imigresen (Coronavirus
tengah melanda dunia), alhamdulillah lepas.
Tiket
bas balik tak beli lagi, bergegas kami ke terminal bas di bawah KLIA, cari2
dapat la Perak Transit jam 1PM. Sementara nak tunggu bas bergerak aku baring
kat tepi eskalator tak larat sesangat. Jam 12.50 kami bergerak ke parkir bas,
pemandu bas bagi tahu jalan jem (raya cina) redho jerlah. Aku dalam bas tido
jer (lepas makan ubat) sedar2 aku berpeloh-peloh rupanya ekon bas rosak, nasib
baik dah nak sampai baru rosak. Kalau dari mula rosak masak kami dalam bas. Jam
5.30PM kami sampai di Amanjaya, 6PM Afifah datang ambik 6.30PM sampai home
sweet home.
Pengalaman
10 hari perjalanan ke Turkey bersama Tiram Travel memang best. Kenangan suka duka pahit manis terpahat di sini. Mungkin disebabkan perjalanan yang jauh dan juga musim sejuk, setiap kali stop mesti mencari MR TAN ada tempat kena bayar ada yang free harga sekali masuk TL1-TL1.50. Banyak berjalan luas pandangan, Alhamdulillah perjalanan dan pengembaraan kami Allah permudahkan.
Untuk family aku, kami memang suka vacation in winter season. Aku selalu cakap negara kitakan panas buat ape nak pegi negara panas jugakkan. Catatan ni untuk simpanan sendiri sebagai kenangan. OK sehingga jumpa lagi di lain perjalanan. Aku belanje gambar2 yang kami ambil, jangan termuntah tengok gambar2 kami yer. . ASSALAMUALAIKUM.
Untuk family aku, kami memang suka vacation in winter season. Aku selalu cakap negara kitakan panas buat ape nak pegi negara panas jugakkan. Catatan ni untuk simpanan sendiri sebagai kenangan. OK sehingga jumpa lagi di lain perjalanan. Aku belanje gambar2 yang kami ambil, jangan termuntah tengok gambar2 kami yer. . ASSALAMUALAIKUM.
******************* SAYONARA
*******************


























































































































































































































































No comments:
Post a Comment