Tuesday, 26 March 2024

KASHMIR 10-18/2/2024

ASSALAMUALAIKUM 

Bismillah… Pengalaman perjalanan ke Kashmir (Negeri rebutan negara India dan Pakistan pada {10.02.24-18.02.2024} Kami ke Kashmir sebelah India. 

***Info Kashmir

Penduduknya 99% adalah muslim. So tak payah risau pasal makanan, insyaAllah semuanya halal.

Kashmir macam negara 4 musim yang lain yang berada di atas GARISAN SARTAN. Musimnya seperti di bawah

Winter (Disember – Mac)

Spring (April – Mei)

Summer (Mei – September)

Autumn (Oktober – November)

***Info internet : Acces untuk data dan internet dekat Kashmir ni ada sekatan, almaklum kawasan tentera. Dah dimaklumkan oleh pihak travel yang sim kad tak boleh diguna di Kashmir, so kami tak beli sim kad dan juga Portable wifi. Sim card yang di Beli di negeri2 lain seperti New Delhi dan Amritsar juga tidak berfungsi di Kashmir. Boleh kalau nak dapatkan sim kad di kashmir ni tapi prosesnya rumit

*** Info tips : Budaya di India ni apa-apa perkhidmatan kena bayar tip, so kena sediakan wang kecil ya


KISAH KE KASHMIR

Kashmir ni sepatutnya kami pegi tahun 2018. Waktu servey trip Kashmir di MATTA FAIR pakejnya lebih RM4,000.00 sorang, sudahnya tukar destasi ke Melbourne secara DIY

Kali kedua servey trip kashmir tahun 2019 untuk pakej bulan Januari 2020 dengan Puan Abby dari ABBY TRAVEL, kenal dia dari FB. Dah hampir nak comfem dengan Abby,  tiba2 kashmir di landa krisis.

2022 riki balik ke Kashmir ni, deal dengan Abby dari November 2022 lagi.  Afiq cuti semester 2023  bulan Ogos dan September, waktu tu Kashmir musim panas. Budak bertuah tu tak nak pegi waktu tu, panas katanya. Kansel ke Kashmir, berjalan dalam negeri ja. Ogos 2023 kami ke Sarawak.

Alhamdulillah akhirnya Trip ke Kashmir menjadi kenyataan di tahun 2024 selepas beberapa tahun tertangguh, kekal dengan ABBY TRAVEL (rakyat Malaysia orang Kedah, tinggal kat sana). Pakej kami RM3,890.00 seorang tanpa lunch.

Mula bertanya dengan Abby dari Ogos 2023 untuk cuti raya cina – TRIP WINTER. Kebetulan MATTA FAIR September 2023, pihak travel maklumkan tiket MAS murah ke AMRITSAR berbanding  ke New Delhi. So pihak travel book flight KL – AMRITSAR.  

Untuk perjalanan ni kami ambik Etiqa Takaful dari YAYA ETIQA, disyorkan oleh Abby. Nasib baik ambik dengan dia dapat Insuran keluarga, kalau tak afiq kena ambik asing sebab dah lebih 21 tahun. Harga lagi mahal sebab kira asing. Manakala visa kami pulak diuruskan oleh ERNIE MIZA ejen Abby agaknya. 

Bila semakin hampir nak fly, Abby banyak bagi info berkaitan Kashmir. Apa yang perlu di bawak, apa yang perlu dibuat dan macam-macam lagi lah. Borang ni wajib isi bila nak masuk dan keluar Kashmir ya



01.02.2024 tukar duit di IPOH BEST CHANGES SB RM3,992.85,  Dapat 70,670 rupee.  Kadar tukaran waktu tu  0.056500071


09-10/02/2024 – IPOH / KOTA BHARU - KLIA - AMRITSAR

09.02.2024 - Afiq menuju ke Airport Pengkalan Chepa jam 11AM flight dia ke KLIA jam 1PM. Sampai sana dia menumpang rumah sewa kawannya yang belajar di USIM. Manakala aku dan suami pulak keluar rumah jam 6.30PM pegi rumah abang Wan, mintak tolong dia hantar kami ke Aman Jaya (selalu menyusahkan dia). Kami ambik bas jam 1AM, sampai KLIA jam 4AM (10/02/2024).  Flight kami ke Amritsar jam 6.50PM, Jenuh melepak kat Anjung Tinjau. kebetulan surau di situ "under construction", jenuh turun naik nak solat subuh dan jamak zohor asar. Surau di tingkat 4 punya sesak, semua orang tumpu kat situ.  Afiq dan ayahnya solat di tepi surau di Anjung Tinjau. Manakala aku nak tak nak kena ke surau jugak.




10.02.2024 - Sementara menunggu  En Mus wakil syarikat datang, en. Somi merayau di KLIA. Bersembang dengan petugas kaunter, dia beritahu kami boleh check in awal. Walhal kaunter belum bukak lagi, special untuk kami katanya. Bila luggage dah drop kat kaunter tu, afiq mula risau takut luggage kami hilang.

Jam 3PM En Mus sampai dan kami bertemu buat pertama kali dengan 11 ahli group yang lain. Selesai depa drop luggage, bergambar kenangan dengan group kemudian kami bergerak ke Gate G8. Ingatkan kena naik bas, rupanya dekat ja.





* KL –  Amritsar (MAS - MH118) – 20kg Luggage & 7kg HandCarry)  : 10.02.2024 (6.50PM - 10.10PM)

***Info: Tak ada direct flight ke Kashmir dari Kuala Lumpur. Perjalanan KL – AMRITSAR, mengambil masa 6 jam.  Beza waktu  Malaysia dengan India 2 jam 30 minit. 

Masuk je dalam flight, tak lama lepas takeoff lena. Sedar bila tiba waktu makan pramugara dan pramugari datang hantar makanan kat kami. Pelik jugak sebab orang lain tak dapat lagi, baru ingat rupanya afiq dah book nasi lemak awal2 masa checkin online. 

Kami sampai Amritsar mengikut jadual penerbangan 10.10PM waktu India, kat Malaysia dah jam 12.40AM (11.02.2024).  Suhu di Amritsar sejuk masa ni, waktu kami sampai suhu di bawah 10C. 

En Haris wakil syarikat menunggu kami di luar airport dekat booth OLA. Sebelum keluar airport aku dan Afiq mencari MR TAN dulu. Tandas di airport kat sini ada paip tak macam di KLIA.  Aku dan anak terpisah dengan suami masa nak ke hotel, kami naik van berlainan. Mula risau, dah la di negara orang dengan talian internet pun takde.



Kami menginap di QUALITY INN ELITE. Peliknya hotel ni, depa ambik pasport kami. Risau pasport hilang, afiq ke kaunter mintak balik pasport yang depa pegang. Nasib baik depa bagi, sudahnya di bagi semua sekali pasport group.


Disebabkan sampai dah malam perut berkeroncong, kedai semua dah tutup.  Nasib baik ada bawak makanan ringan dalam hand carry kalau tak kebuluran kami malam tu. Ingatkan ada maggi dalam hand carry rupanya dah termasuk dalam luggage. Luggage pulak tak bukak lagi wrapnya sebab esok nak naik flight lagi ke SRINAGAR, makan je apa yang ada nak lapik perut. PENGAJARANNYA, jika transit sila bawa makanan seperti roti / biskut / maggi dll di dalam hand carry.

Selepas subuh afiq nak berjalan-jalan kat luar nak rasa sejuk di Amritsar. Suhu pagi masa tu 4C, memang sejuk.  Nak berjalan jauh sikit takut, sudahnya naik ke bilik semula. 

Jam 7 Pagi kami menunggu ahli group yang lain kat café hotel nak  breakfast dan juga serahkan pasport depa. Baru tau  masa tu ada sorang tu orang Indon dalam group kami. Mungkin dah lama tinggal di Malaysia, tak dengar slang Indon pun masa dia bercakap. Ada sorang lagi warga Singapura, group yang kami join ni group berniaga makanan

Di cafe ni pertama kali jumpa dengan Abby. Ingat orangnya besar, rupanya kecil molek ja. Selama ni berchat melalui wasap je, alhamdulillah akhirnya bertemu juga dengan dia.

Sebelum bergerak ke airport, selepas sarapan kami berjalan sekitar hotel. Tak selesa di sini, kami naik semula ke bilik untuk checkout

PERBELANJAAN 10/02/2024

Tip - 100 rupee





11/02/2024 – AMRITSAR - SARINAGAR

* Amritsar - Srinagar (Indigo - ATQ-SXR 6E 6288)  (15kg Luggage & 7kg HandCarry): 11.02.2024 (1.20PM – 2.10PM)

Penerbangan dari Amritsar ke Srinagar ambil masa lebih kurang 40 minit, memang tak sempat nak lena pun.  Buat apa tido terlepas view  yang cantik.



Selesai proses Imigresen,  keluar airport jumpa dengan Tour Guide  MR. Adnan Shafi yang dah tunggu dengan Mini Bus (Van)  yang memuatkan kami 13 orang. Badan kami yang teramat comel ni jadi tak selesa sebab sempit.

Kami di bawa ke restoran AL BUKHARA untuk Lunch. Makanan sedap di sini berbaloi dengan harganya. Selesai makan bergerak ke TANGMARG dan sepatutnya singgah masjid untuk solat jamak zohor dalam waktu asar, tapi disebabkan restoran dengan masjid tu jauh jaraknya dan tiada kemudahan tempat solat seperti di negara kita menyebabkan kami terlepas waktu zohor dan asar. Sampai je di masjid azan Maghrib berkumandang, terpaksa Qada solat untuk hari pertama di Kashmir.


Teruskan perjalanan ke hotel dan singgah di G.M. FACTORY OUTLET tempat jual pakaian. Afiq beli topi kat cni, geng2 yang lain membeli baju sejuk

Kami sampai dah malam di TANGMARG, Kami menginap di APPLE TREE RESORT. Hotel di Amritsar dan hotel ni susun aturnya sama. Mungkin kompeni yang sama kot.  Sampai je ke hotel terus pegi makan malam. Masa ni perut boleh terima lagi makanan Kashmir. Kami di sini semalam, esoknya kami ke hotel lain

*** Info: Elektrik dan air panas ada catuan di Kashmir. 



PERBELANJAAN 11/02/2024

AIR MANGGO - 150

TIPS - 300 UPAH ANGKAT BEG

LUNCH - 2079

TOPI  - 250

TOUR GUIDE - + FEE - 18000

KESELURUHAN - 20879


12/02/2024 – GULMARG

Dalam jadual sepatutnya bergerak ke Gulmarg jam 9.00 pagi, tapi lewat 10.30AM baru gerak. Sebabnya ada ahli group (warga Indonesia) yang nak beli Sim Kad, proses dia rumit dah melibatkan orang lain. Kami pun sepatutnya nak ambik sim kad, tapi tak jadi. Sorang pun berjam nak selesaikan, kalau tambah dengan kami petang baru gerak

Dalam bas OTW ke Gulmarg, view lebih kurang macam nak ke Mount Buller, Melbourne, Cantik. Walaupun view cantik mata ni mengantuk sangat, akhirnya terlelap jugak dekat nak sampai baru terjaga sebab nak tukar Tour Guide.



Sebelum sampai ke Gulmarg, dimaklumkan Tour Guide dari luar tak boleh masuk, hanya tour guide tempatan yang dibenarkan. Wallahua'lam, yang pastinya kami terkena di Gulmarg.  Sebelum tiba ke Gondola macam2 kisah berlaku di sini. 

Di dalam pakej sepatutnya kami dihantar hingga ke Gondola dengan van yang kami naiki, tapi disebabkan semua ahli group yang lain nak naik ATV.  Kami dipaksa berjalan kaki ke gondola, betul2 marah masa ni.  Macam-macam drama depa buat, bergaduh la, nak bawak ke balai polis la betul-betul macam drama Tamil, stress betul masa ni.  

Malas nak layan depa bergaduh kami ambik keputusan ambik ATV.  Kos ATV untuk tiga orang 6000 rupee, buang duit di situ saje. Berjalan di atas salji licin, so kami sewa boot sementara menunggu ATV sampai.

Bila ATV sampai kami terus ke Gondola sebabnya group kami dah sampai lama ke sana. Rupanya Gondola dan tempat drama Tamil tu dekat je, aku dah berjalan hampir ke Gondola tapi dipanggil balik. ramai je orang berjalan kaki ke Gondola tu, memang kami ditipu di sini. 

Tapi hikmahnya kejadian ni, afiq jumpa kawan-kawan dia yang belajar di USM India. Terdengar nama afiq dipanggil, terdetik di dalam hati owhh ada orang nama mcm anak aku kat sini. Rupa-rupanya kawan-kawan dia menjerit memanggil namanya.

Ingatkan kat bawah ja ada drama Tamil, kat atas pun ada drama. Macam-macam hal depa. Tapi akhirnya aku faham, penduduk di situ kebanyakannya susah. Depa berebut2 pelanggan.













Dalam perjalanan balik, tiba2 bunyi berdentum. bunyi barang jatuh, rupanya beg kami jatuh. Nasib baik beg hand carry je yang jatuh, kalau beg besar nayer. Hikmahnya beg jatuh, pihak travel bayar ganti rugi RM200.00


Sebelum sampai hotel, ada ahli group minta driver berhenti sebab nak beli buah. Kami beli buah anggur hijau, hitam dan 2 biji delima. Anggur sekilo 100 rupee, lebih kurang RM7 sekilo.  Murah betul buah-buahan kat sana,  kalau di Malaysia agak2 anggur berapa sekilo. 

PERBELANJAAN 12/02/2024

ETV- 6000

SEWA KASUT - 600

LUNCH - 840

BUAH - 220

TIPS - 160

KESELURUHAN - 7820

13/02/2024 - PAHALGAM

Hari kedua di Kashmir ni, perut aku meragam. Dari pagi berulang berjumpa MR. TAN.  Jalan menuju ke Pahalgam tu pulak jauh dan jalan tak elok. Akhirnya muntah dalam bas, habis semua isi dalam perut keluar.

Sebelum sampai ke Pahalgam berhenti di dua tempat. Tempat pertama kedai jual buahan kering/minyak wangi dll. Beli kekacang dan minyak wangi kat sini. Dan  sebuah lagi kedai menjual produk apple. Aku rasa sikit apple juice tapi tak boleh nak masuk sebabnya perut dah meragam. Ingatkan air yang di bagi free rupanya kena bayar, 1 cup 50 rupee.

Selesai di kedai apple bergerak ke restoran. Sampai sana aku duduk di luar ja tak boleh nak hidu bau makanan, nak muntah. Lepas telan panadol baru lega sikit.

Perjalanan punya lah jauh, masa yang dibagi kat Pahalgam cuma 1 jam, tak sempat nak explore tempat tu. Tempat cantik tak puas bergambar dah depa panggil balik. Bengang betul masa tu 





















































PERBELANJAAN 13/02/2024

KEKACANG N PERFUME - 3080

APPLE CHUTNEY - 250

APPLE JUICE - 100

LUNCH - 700

DONATE - 200

KESELURUHAN - 4330

14/02/2024 - SONAMARG

Hari ni perut ok sikit tapi dah tak boleh nak masuk makanan Kashmir. Pagi sarapan cereal ja. Hari ketiga kami ke Sonamarg. Kat sini aktiviti kami naik kuda. mungkin dalam 1-2km. Kami ke tempat penggambaran filem hindustan BAJRANGI BHAIJAN. Cantik tempat tu. 

Lepas aktiviti berkuda kami bergerak ke puncak. Salji kat sini tebal, bersih tak ada bekas tapak kaki. Apa lagi kami buat aktiviti baring atas salji sambil gerak kaki tangan. Macam dalam cerita orang puteh dok buat masa salji. Nak rasa jugakkan.

Perjalanan balik singgah restoran untuk lunch. Sementara tunggu makanan siap, kami solat di ruang atas restoran. Selesai lunch menuju ke bas, ada pekedai ni memanggil membeli barangannya. Afiq kesian kat dia beli buah walnut 100 rupee. 

Sebelum sampai hotel singgah di bazar, kedai2 menjual pakaian cenderahati. Tak beli pun kat sini. Keluar dari bazar mencari van, ada gerai tepi jalan makanan. Afiq teringin dia beli sandwich dan dan karipap. 

Bila semua dah berkumpul bergerak balik ke hotel, ingatkan jauh lagi hotel dengan bazar tu, rupanya di jalan bertentangan ja. Perjalanan hari ni aku puas hati sebab takde drama Tamil

 

































PERBELANJAAN 14/02/2024

BUAH TANGAN - 2900

LUNCH - 1200

JAJAN - 270

WALNAT - 100

ROTI TELOR - 20

KESELURUHAN - 4490

15/02/2024 - DOOTHPATHRI

Hari ni kami ke Doothpathri, sebelum ni tak pernah tau pun tempat ni. Bila sampai ke destinasi kami di tanya untuk ATV, kami je yang menolak.  Sepatutnya  tak perlu ATV pun, tapi disebabkan ahli yang lain nak, akhirnya kami dipinggirkan. Hrmmmmm sekali lagi kami terkena. Group yang kami join ni semuanya dah otai2 kebanyakannya dah 60 tahun ke atas, semua depa nak rasa, walhal masa kat Gulmarg dah naik ATV ni  

Kami berjalan menuju ke tempat yang tak di ketahui, ikut ja jalan yang ada. Penduduk setempat mula menghampiri kami ofer naik kuda. Jenuh dah cakap kami tak nak tapi depa tetap mengekor, naik rimas. Mungkin sebab ni, tour guide tak bagi kami berjalan.

Tak dan jauh berjalan dah tour guide van yang seorang lagi panggil, bengang betul masa ni. Kita nak berjalan pun depa tak bagi, yang sebenarnya depa nak jugak kita ambik ATV tu. PENGAJARANNYA kalau travel pastikan dengan group sendiri, jangan campur dengan group orang lain. Susah kita kena ikut kehendak ramai. Anggota yang lain semuanya solo boleh la naik apa pun. Kami ni bertiga, 6000 lagi nak kena bayar. Kena fikir banyak kali, bengang di Gulmarg tak habis lagi, di tambah pulak dengan kes ni. Bertambah-tambah bengangnya.

Waktu tunggu ahli group lain naik bas, afiq bertanya pada salah sorang ahli group kenapa kena naik ATV, group lain ok ja boleh naik van. Nak tau apa jawapan..... Sebab nak bagi job kat penduduk kat sini. Hadoiiiiiiii baik hati betul, masalahnya depa baik hati tapi kami teraniaya. Dalam bas muka aku masam mencuka pasal kes ni, dah balik Malaysia pun aku masih tak puas hati.

Sebelum sampai ke hotel van berhenti di kedai2, tempat tu macam pasar malam. Kat sini beli gelang tangan dan gelang tangan Arleena (cucu sedara) dan stoking afiq. Pusing-pusing kat situ jumpa masjid. aku dan afiq masuk ke dalam nak tengok binaan dia, pada aku cantik. 




Malam akhir di Kashmir afiq nak jalan2, kami berdua ja keluar berjalan ayah dia tak nak. Singgah kedai roti beli biskut badam, kek karot, bun dan air. Biskut dia sedap sangat, rugi beli sikit.































PERBELANJAAN 15/02/2024

STOKIN N SEWA BOOT - 750

SWEETS - 300

STOKIN AFIQ - 109

GELANG - 600

GELANG ALEENA - 50

ROTI - 180

KESELURUHAN - 2898

16/02/2024 - SRINAGAR / DAL LAKE

Pagi selepas checkout dari hotel Asian Park, kami di bawa berjalan-jalan di Bandar Srinagar, tempatnya lebih kurang macam Bazar dan pasar malam. Mungkin musim sejuk semua bajunya baju sejuk, kita nak beli buat apa baju sejuk. Pusing-pusing jumpa baju Punjabi, beli lah baju  tu untuk MIL sepasang 500 RUPEE lebih kurang RM30.00 dan magnet. Jadilah buat buah tangan untuk dia dan Afiq pulak beli roti makan sambil jalan-jalan di bazar ni.  

Dah penat berjalan di bazar, tour guide bawak kami pegi lunch. Kak Rashidah ahli group dari Singapore cadangkan kami makan di restoran kawannya, tour guide pun setuju. Makanya lunch hari tu di restoran milik warga Singapura Rafeeda. Hampir seminggu makan nasi beriyani dan makanan berempah, akhirnya dapat makan makanan melayu, puashati sangat. Rafeeda pun bukak agensi Travel. 

Bila nak bayar, Kak Rashidah kata dia belanja, kami tak nak terhutang dengan orang, jadi kami bagi 1000 rupee kat anak-anak Rafeeda.

Selesai lunch, jalan-jalan kat depan restoran RAFEEDA, lepas tu kami di bawa ke MUGHAL GARDEN. Jalan2 ambik gambar kemudian berkumpul dengan ahli group yang lain di pintu masuk garden








Jenuh dah menunggu ahli group kami turun ke bawah, rupanya depa tunggu di bawah. hrmmmm buang masa ja kat situ.

Dari taman tu kami di bawak makan kat trak, aku tak makan pun sebabnya perut masih tak ok dari hari kedua di Kashmir. Lepas makan kami di bawa ke houseboat.

Malam di houseboat ada peristiwa yang tak best jadi, semuanya sebab salah faham di antara ahli group kecuali kami. Kami ni lone ranger.  Kat sini jumpa Abby sekali lagi, rupanya dia tinggal di belakang houseboat yang kami duduk  ni. Duit rupee ada 20K lebih lagi, tukar dengan Abby ja duit tu. Abby bagi RM1050, oklah malas nak ke money changer balik nanti.

Kat houseboat ni ramai penjual datang, macam-macam barang depa bawak. Duit dah tukar dengan Abby, segan nak mintak balik.  Simpan sebelah duit nak guna beli makanan esok, bakinya beli rantai tangan untuk afifah, t-shirt, pen dan phone holder afiq












PERBELANJAAN 16/02/2024

TIPS - 200

BAJU MIL - 500

MAGNET - 350

ROKOK - 95

ROTI - 60

LUNCH (SEDEKAH PADA ANAK2 RAFEEDA) - 1000

TIPS HOUSEBOAT - 300

BAJU KASHMIR - 1000

KESELURUHAN - 4305


17 FEBRUARI 2024 (SABTU) - 18 FEBRUARI 2024 (AHAD)

SRINAGAR - AMRITSAR - KLIA - AMANJAYA - RUMAH 

17/02/2024 hari terakhir di kashmir. Selepas sarapan kami di bawa menaiki shikara (bot berhias) pusing-pusing tasek, hampir sejam jugak lah.  

Selepas puas menaiki shikara, masa untuk ke airport. Sebelum tu pegi kedai roti nak beli bekalan waktu di Amritsar

***INFO : Imigresen di Srinagar amat ketat, banyak sekatan yang dibuat. Jika luggage belum penuh, checkinkan semuanya sekali. Jangan jadi macam kami, hand carry kami kena selongkar. Wrap dan selotape dirampas.  Wrapper tu nak guna wrap 2 beg lagi yang belum di wrap sebab  beg tu nak bukak lagi masa transit di Amritsar
















SRINAGAR - AMRITSAR flight INDIGO (6E 478) Depart jam 2.50 PM(17.02.2024) tiba di AMRITSAR jam 15.40PM  

Tiba di Amritsar jam 15.40PM, lepak kat luar sementara menunggu untuk waktu untuk checkin jam 9PM, jenuh menunggunya.  Masuk waktu solat aku dan Afiq berjalan-jalan mencari ruang untuk solat. Jumpa dengan guard mintak kebenaran nak solat di sudut airport. Kita di negara orang, kena mintak dengan tuan tanah dulu.  Alhamdulillah dibenarkan. 

Selesai solat, beratur checkin. Di dalam beg ada magnet kashmir, mesin depa berbunyi la pulak. kena bukak beg depa nak tengok apa di dalam beg. Mungkin depa ingat hand carry kot sebab tu depa mintak bukak. Alhamdulillah semua lepas. Kami bertiga 6 beg semua sekali, 3 besar 3 kecik semua masuk kargo.  Malas nak berebut dengan orang nak simpan dalam kabin kat atas flight tu. Masa checkin afiq cuba jugak nak book nasi lemak macam masa pergi dulu, tapi kali ni tak dapat. Makan apa yang depa bagi ja

AMRITSAR - KLIA flight (MAS) jam 11.40PM (17.02.2024) di tunda ke jam 1.00AM (18.02.2024) tiba di Malaysia jam 8.30AM waktu Malaysia


PERBELANJAAN 17/02/2024

PEN - 500

PHONE STAND - 300

LUNCH - 570 (BAKERY)

TIPS - 100 HOUSEBOAT

TIPS - 100 AIRPORT

AIR MINERAL DI AMRITSAR - 50

KESELURUHAN - 1620

JUMLAH KESELURUHAN yang dibelanjakan untuk tiga orang  (3980*3=11980+3000=14,940.00) 

Subuh sepatutnya di dalam flight, tapi tak sedar.  Bila sampai KLIA selesai ambik luggage bergegas mencari surau. Selesai solat pegi sarapan di kedai mamak kat terminal bas di bawah KLIA.  Selesai makan afiq masuk untuk boarding ke Kota Bharu, flight (MAS) MH1426 jam 1.00PM sampai Kota Bharu 2.05PM. 

Manakala aku dan suami mencari tiket bas  balik IPOH. Alhamdulillah bas banyak, kami ambik bas jam 12.30PM. Jam 4.30PM kami sampai di Amanjaya, 5PM abang Wan Embong datang ambik dan terus ke rumah dia. Lepas solat jamak Maghrib dan Isyak baru kami balik. 10.30PM sampai rumah. HOME SWEET HOME.

Pengalaman 8 hari perjalanan ke KASHMIR bersama ABBY TRAVEL ada suka dan duka.  Kenangan suka duka pahit manis terpahat di sini.  Banyak berjalan luas pandangan, Alhamdulillah perjalanan dan pengembaraan kami Allah permudahkan.

Untuk family aku, kami memang suka vacation in winter season. Aku selalu cakap negara kitakan panas buat ape nak pegi negara panas jugakkan. Catatan ni untuk simpanan sendiri sebagai kenangan. OK sehingga jumpa lagi di lain perjalanan INSYAALLAH EUROPE 2025.  ASSALAMUALAIKUM.






No comments:

Post a Comment

YUNNAN

Bismillah… Pengalaman perjalanan DIY YUNNAN (Kunming, Dali, Lijiang dan ShangriLa) {24/08/2025 - 02/09/2025}.    ***Info YUNNAN YUNNAN - Sal...