Thursday, 8 November 2018

MEDAN 2015

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Moga semuanya sihat sejahtera.

Bulan Ogos tahun 2015 sepatutnya kami pegi Bandung, Jakarta. Dah book nak ke sana dari Julai 2014 bersama anggota MBI seramai 30 orang, kami semua dah bayar separuh dari bayaran. Bayaran penuh dah dibuat pada Jun 2015.

Tunggu punya tunggu sampai la bulan Ogos, agen kata tangguh ke bulan September lepas tu tangguh lagi ke bulan Oktober.  Sudahnya dengar cerita agen dah lari dengan duit kami. Dah tak de rezeki, tapi aku tak halalkan duit yang agen dah ambik.

Bagi tahu keluarga tak boleh nak pegi Jakarta & Bandung dah sebab agen dah lari, sudahnya ambik keputusan sama ada pegi ke Padang atau Medan. Masa ni bajet ciput, duit dah lesap agen bawak lari dah habis beribu masa tu.

Nak pegi sendiri tak berani lagi masa ni, aku  kontak agensi travel Puan Mashitah waktu tu bertugas di Sri Kedawang mintak sebutharga ke Padang dan Medan. Kos ke Medan murah sikit dibandingkan dengan Padang, maka kami pun pilih Medan.

Tiket flight kami beli sendiri, AirAsia la yang mampu. Untuk penginapan dan pengangkutan kami guna agensi travel Sri Kedawang. Pasport kami masih sah hingga September 2016. Kami tukar duit di Ipoh Best Changes SB. 


RABU - 02/12/2015
IPOH - PENANG

Kami ambik flight dari Penang, flight 03/12/2015 jam 9.30AM.  10.30PM bergerak ke Penang bawak kete tumpang tido di rumah anak sedara Laili. Tapi waktu tu Laili keje, nasib baik Ifrit Arif (Yeit) ada.

KHAMIS - 03/12/2015
PENANG - KUALANAMU AIRPORT - PARAPAT

Selepas subuh Yeit hantar kami ke airport sebelum dia pegi keje. Rumah depa dekat jer dengan airport, 10 minit dah sampai. Sampai jer terus gi check in luggage, lepas tu lepak2 kat airport sementara tunggu nak check in. Flight kul 9.30AM lambat lagi, jam 8.30  check in. Flight take off tepat jam 9.30AM.



Kami sampai di airport Kualanamu jam 9.30AM jam Indonesia. Medan lewat sejam berbanding Malaysia. Selesai ambik luggage  keluar airport mencari-cari sape yang akan ambik kami. Kami disambut oleh Pak Salman tour guide yang juga pemandu kami.  

Dari airport kami teruskan perjalanan ke Parapat. Dalam perjalanan ke Parapat,  Pak Salman bawak kami singgah makan tengahari di Restoran Simpang Tiga. Selesai makan tengahari di sini teruskan perjalanan ke Parapat tapi sebelum tu singgah di kedai Ting Ting Teng Teng kat Pematang Siantar beli produk tempatan macam kacang tumbuk dan lain2 .





Dari airport ke Parapat tersangatlah jauhnya, dengan jalan yang tak berapa elok kalau nak dibandingkan dengan jalan raya di Malaysia rasanya jauh ketinggalan atau mungkin Pak Salman sengaja bawak kami ikut jalan jauh atau jalan kampung ni untuk kami melihat suasana di Medan, entahlah tak pasti.

Sampai di Parapat kami di menginap di Hotel Siantar. Selepas solat zohor dan asar, Pak Salman bawak kami pusing2 Parapat.  Sebelum balik hotel makan malam di luar. Makanan orang Indonesia ni pedas2 belaka, makan sikit jer pedas sangat.









JUMAAT - 04/12/2015
PARAPAT - PULAU SAMOSIR - BERASTAGI

Selepas solat subuh, breakfast di hotel. Lepas breakfast check out nak ke Berastagi tapi sebelum tu Pak Salman bawak kami ke Pulau Samosir.  Kat sini  beli baju, magnet dan key chain.























Dah puas ronda2 Pulau Samosir, bergerak ke Berastagi. Sebelum tu singgah makan tengahari di  kedai makan kat Parapat, selesai makan teruskan perjalanan. Dalam perjalanan ke sana pak Salman singgahkan kami di tempat2 yang menarik di sepanjang jalan. Antaranya Gunung Simarjarunjung, air terjun Sipisopiso dan Masjid di Kabanjahe.

GUNUNG SIMARJARUNJUNG







AIR TERJUN SIPISOPISO, KABANJAHE






MASJID KABANJAHE solat zohor dan asar di sini. Lepas solat sambung perjalanan ke Berastagi.




Sebelum check in hotel, Pak Salman bawak kami pegi pasar di Berastagi, tak de beli apa pun cuma beli key chain dan magnet jer dan buah nak makan kat hotel.







Selesai kat pasar berastagi, check in hotel Green Garden. Makan malam di hotel ni. Sebelum ni Pak Salman bawak kami makan kat luar, Pak Salman kata makanan di hotel tak sedap dia bawak kami pegi makan kat tempat yang sedap2, masalahnya makanan di Medan ni semuanya pedas, sedap pun jadi tak sedap.





SABTU - 05/12/2015
BERASTAGI - MEDAN

Selepas solat subuh, breakfast di hotel. Lepas breakfast check out nak ke Kota Medan, destinasi terakhir percutian kami. Dalam perjalanan ke sana ada kemalangan, jalan dah la sempit jem la apa lagi. Lama jugak la kami terperangkap dalam jem ni.




Sebelum sampai hotel singgah di Masjid Raya untuk solat zohor dan asar.  Selesai solat Pak Salman bawak kami pergi ronda2 Kota Medan dan shopping, tak de shopping ape pun cuma beli telekong dan kain pasang dan t-shirt.

MASJID RAYA

Masjid ni ikon kota Medan. Masjid ni dibina di bawah pemerintahan Kesultanan Deli tahun 1909. Berhadapan masjid terdapat simpang empat yang sibuk.






ISTANA MAIMON

Istana lama zaman kesultanan Deli dibina pada zaman Sultan Deli Makmun Al Rashid Perkasa Alamsyah tahun 1888. Bertempat di Jalan Briggadir Jeneral Katamso. Mempunyai hiasan dalaman yang menarik dan dipengaruhi unsur-unsur Melayu, Itali, Sepanyol, India dan Islam. 

Boleh juga cuba pakai baju tradisional yang disediakan dengan kos 10K rupiah. Dibuka setiap hari dan dikenakan bayaran masuk. Di sini jugak ada gerai2 jual cenderamata, tapi kami tak beli di sini. Kami dah beli waktu di Pulau Samosir dan Berastagi.





Dah puas ronda dan bergambar check in hotel, sepatutnya ada 3 katil untuk tiga orang, tapi hotel tak sediakan. Kecewa betul, bilik sempit dan panas. 

Petang lepas rehat di hotel, kami kluar tanpa Pak Salman ronda2 lagi Kota Medan singgah masuk supermarket, nak cari tempat sejuk. Sekali masuk supermarket nyer panas tak da ekon guna pakai kipas jer, tak jumpa lagi la kat Malaysia supermarket guna kipas tapi kat Medan ada. 

Ingat kat hotel jer panas, kat supermarket pun panas jugak. Dasar penjimatan agaknya warga Medan ni. Hotel di Parapat dan Berastagi pun tak da ekon, tapi di sana suhunya sejuk tak terasa la panasnya. 

Malam Pak Salman bawak kami pegi makan kat luar dan pegi beli kuih di Bika Ambon Zulaikha.







07/12/2015
MEDAN - PENANG - IPOH

Flight kami petang 5.30PM, lepas breakfast di hotel, Pak Salman bawak kami pegi jalan2 kat mall di Kota Medan ni. Dah puas jalan2 balik hotel solat zohor dan asar dulu sebelum check out. 





Bersama Pak Salman





Flight petang jam 5.30PM tapi delay 2 jam. Masa dok tengah lepak2 sementara tunggu flight terjumpa Roslan anak sedara pupu isteri bersama isteri dan anak kembarnya. Depa nak balik KL, flight depa pun sama delay.

Kami sampai Penang, Yeit dah tunggu kami. Lepas hantar dia kat tempat kerja (dia OT), kami bergerak balik cadang nak terus balik Ipoh tapi kunci rumah dah serah kat jiran takut lewat sampai rumah menggangu dia pulak. 

Sudahnya kami singgah tepeng tido rumah abang Man. Malam tu tido ditemani oleh si abu (kuching). Lepas makan pagi kat rumah abang Man gerak balik ipoh.

ALHAMDULILLAH Allah permudahkan segala urusan perjalanan kami.

GAMBAR2

3/12/2025






4/12/2015















5/12/2015


















6/12/2015

1 comment:

  1. Sambil2 blogwalking ...
    Mintak izin tuan tanah mempromosikan kat sini ..

    Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi nyaman dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk membeli-belah. Tidak teragak-agak lagi kos tambahan. Pergi ramai boleh mendapat RM290 je. Hubungi:

    Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
    Instagram: herry_tour_medan
    E-mel: herrycutibajetmedan@gmail.com
    Panggilan / WhatsApp: ID: +62 813 9788 0156 (Herry)
    MY: +6013 4618637 (Ina)

    ReplyDelete

YUNNAN

Bismillah… Pengalaman perjalanan DIY YUNNAN (Kunming, Dali, Lijiang dan ShangriLa) {24/08/2025 - 02/09/2025}.    ***Info YUNNAN YUNNAN - Sal...