Tuesday, 13 November 2018

VIETNAM 2014

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Moga semuanya sihat sejahtera.

Tahun 2014 pertama kali melancong bersama keluarga kebetulan AfiQ ambik UPSR tahun ni. Nak bagi semangat kat dia rajin belajar, bawak dia pegi melancong. Alhamdulillah result yang AfiQ bagi kat ibu ayah dia cukup membanggakan. 

Pejabat aku ada buat trip ke Vietnam, kami join sekali trip tu. Bayaran waktu tu Fullboard RM950.00 saje. La ni dah tak dapat harga tu. Pasport kami buat kat UTC Perak, sebelum En. Faiz mintak. 

SABTU - 11/10/2014
IPOH - KLIA2 - HO CHI MIN

Berkumpul di MBI, jam 12.30AM gerak ke KLIA2. Pertama kali aku dan keluarga ke KLIA2. Sampai KLIA2 jam 4AM, bas uturn balik ke Dengkil. Selepas solat subuh bergerak balik ke KLIA2. Lepak2 kat KLIA2, Flight jam 12PM. 













Untuk trip ni ada 2 group dari MBI. Kami group yang kedua. Group pertama berlepas dulu jam 11.15AM, kami menyusul kemudian. Kami sampai di airport Ho Chi Min jam 3PM waktu Vietnam, group pertama menunggu kami di Airport, pemandu pelancong dari Vietnam pun dah menunggu kami. 

Dalam perjalanan ke hotel kami menginap di Hotel Blessing, tour guide bawak kami ke Muzium perang. Dari sini kami bergerak ke tempat shopping, kedai telekong tapi tak beli apa pun kat sini tengok2 jer. 












AHAD - 12/10/2014

Hari kedua kami di bawak ke tempat2 shopping dan menyelusuri Sungai Mekong naik bot dan sampan, naik kete kuda dan dijamu dengan buah2an. 

Dan malamnya pulak kami naik cruise menikmati suasana malam di sungai Mekong, harga sorang RM30. Selesai di Cruise kami di bawa dinner. Padat dengan aktiviti hari kedua kami di Ho Chi Min.







Kedai2 di depan hotel Blessing



































ISNIN - 13/10/2014
Free & Easy

Hari ketiga ni Free & Easy, kami jalan2 Ho Chi Min City dan shopping kat pasar Ben Thanh yang terkenal tu dan Market China Town (Binthay Market). 















SELASA - 14/10/2014
HO CHI MIN - KLIA2 - IPOH

Masa balik group kami Flight jam 12.30PM. Group pertama sejam selepas kami. Kami sampai KLIA2, bas MBI dah sedia menunggu kami.





ALHAMDULILLAH Allah permudahkan segala urusan percutian kami.





No comments:

Post a Comment

YUNNAN

Bismillah… Pengalaman perjalanan DIY YUNNAN (Kunming, Dali, Lijiang dan ShangriLa) {24/08/2025 - 02/09/2025}.    ***Info YUNNAN YUNNAN - Sal...