Wednesday, 31 October 2018

KOREA 2017


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Moga semuanya sihat sejahtera.

Pengalaman menjejakkan kaki ke negara yang kaya dengan tanaman Ginseng iaitu Korea 6D4N (26/11/2017 - 01/12/2017) dengan Globalnet Travel (Muslim Pakej).

Sebenarnya tahun 2017 kami bercadang nak melancong ke Beijing waktu cuti sekolah hujung tahun. Tapi lain yang dirancang lain yang jadinya. Kita merancang tapi Allah yang tentukan.

OK, citernya macam ni. Waktu matta fair bulan Mac 2017,  kami pegi riki kat Ipoh Parade. Tapi masa tu trip ke Beijing untuk tarikh yang kami nak pegi belum dibuka. Agensi mintak kami tunggu matta fair bulan September 2017.

Sabar menunggu September pun tiba. Sekali lagi kami ke Ipoh Parade. Tujuannya nak cari trip ke Beijing (pakej muslim). 
Hari pertama pegi matta fair jumpa dengan MR. Ken dari GlobalNet Travel. Travel ni ada pakej muslim pegi Beijing tapi tak mendapat sambutan dari orang Ipoh. MR. Ken bagi tahu trip ke Korea ada untuk tarikh yang kami nak pegi. Tapi kami tak decide lagi masa tu.

Pusing punya pusing, trip ke Beijing tak ada jugak (orang Ipoh tak nak pegi Beijing), cuba2 tanya travel dari KL, trip ke Beijing penuh pulak. Nayer betul.

Sebab tak bercadang nak ke Korea balik rumah bincang dengan family nak fikir dulu. Fikir punya fikir akhirnya kami decide ambik la jugakpakej ke Korea (muslim pakej). Esoknya pegi balik Ipoh Parade confirm dengan MR Ken, kami ikut serta trip ke Korea. Waktu tu pakejnya RM2899.00 fullboard.




1) Passport

Ini adalah yang paling penting sekali sebelum ke luar negara. Nak kluar negarakan kenalah ada pasport. Pasport kami masih valid hingga 2021.   






2) Wang tunai (WON Korea) / kad kredit

Boleh tukar duit ke WON Korea siap2 kat Malaysia. Kami tukar di Ipoh Best Changes SB. Elakkan tukar di airport yer, kadar tukarannya rendah. 


4) Pakaian

Kami gi ke sana dalam musim sejuk (winter), suhu dianggarkan sekitar -8C ke 5C. Apa yg kami bawak t-shirt, jeans, downjaket, glove &  mafla.


5) Lain-lain barangan

Kami bwk biskut, maggi & nescafe 3in1 takut kebuluran kat sana (takut makanan sana tak sesuai dengan perut orang melayu).  Kami juga bawak mini toiletries & tidak lupa International Adaptor (dapat free masa matta fair).



6) Insuran Perjalanan

Dan lagi satu perkara yang amat penting bila nak ke oversea, pastikan ambik insuran yer. Takut terjadi perkara2 yang tak diingini. Kos perubatan di luar negara tersangatlah mahal. Untuk perjalanan ni, kami ambik insuran kakitangan kerajaan dan untuk AfiQ insuran dari Airasia .... 


HARI PERTAMA (AHAD 26/11/2017)
IPOH ke KLIA2 

Tiba la waktunya tarikh penerbangan yang dinantikan (2 bulan menanti). Flight kami pada 27.11.2017 12.30AM. Dari rumah, abang Wan Embong tolong hantarkan kami ke MBI (group dari Ipoh berkumpul di sini). 






Kami bertolak dr Ipoh 2.30PM, naik bas persiaran (Tavel sediakan) sampai KLIA2 lebih kurang jam 6.30PM. Dalam perjalanan dapat call dari peserta trip yang tinggal di KL bagi tahu flight delay. Jenuh la melepak kat KLIA2. Disebabkan delay lebih dari 5 jam, Airasia bagi kupon makan, tapi tak lalu nak makan pun sebab hati dah kat Korea.   



















HARI KEDUA (ISNIN 27/11/2017)
KLIA2 - Incheon Airport - Nami Island

Pukul 2AM check in, melepak lagi kat ruang menunggu.  4.30AM baru boleh masuk flight, 5.30AM flight take off. Perjalanan dari KLIA2 ke Incheon Airport mengambil masa lebih dari 6 jam.

Selepas solat subuh dlm flight, terus terlena mengantuk sesangat.  Tersedar lepas pramugari edarkan makanan. Ingat lepas makan boleh sambung tido, ada budak istimewa (group kami) kat belakang seat meragam. Langsung tak dapat nak sambung tido.  






Kami sepatutnya sampai Incheon Airport 8AM, tapi disebabkan flight delay, kami mendarat kul 12.30PM. Program dalam iternari byk terpaksa dibatalkan, sedih betul.



Selesai dengan Imigresen, Tour guide dah sedia menunggu ketibaan kami. Sebelum tu Masa ambik luggage, tengok beg pecah mungkin masa punggah. Terpaksa balut beg dengan selendang takut beg terburai.  

Keluar dari airport dah terasa kesejukannya. Pertama kali ke luar negara musim sejuk suhu negatif. Dari Airport, group kami terus di bawa ke Nami Island naik bas. Perjalanan ambik masa 3 jam. Dalam bas kami diberi makan sushi (Afiq suka sangat sushi ni) ganti makan tengahari. Sepatutnya singgah restoran untuk lunch tapi sebab dah lewat sangat terpaksa cancel program tu.




Kami sampai di Nami Island lbh kurang kul 3.30PM. Leka bergambar lupa zohor n asar tak solat lagi. Mula la kelam kabut mencari surau. Dah siap solat baru tertengok jadual waktu solat, waktu maghrib masuk kul 5.15PM. Tapi yakin sewaktu solat jamak zohor & asar tadi  waktu asar masih ada. Musim sejuk waktu siangnya pendek dan malamnya panjang.





























Selesai solat sambung tangkap gambar lagi, sedar2 dah dekat kul 7PM. Tour guide bagi masa sebelum kul 7.30PM kena berkumpul kat jeti. Lagi sekali kelam kabut nak kejar bot pulak. Sampai kat jeti, tour guide dari Malaysia Miss Happy dah menuggu kami.  

Kami last sekali sampai, tapi waktu kami sampai belum kul 7PM tapi tetap rasa bersalah buat orang lain tertunggu. Orang lain cepat masuk sebab depa tak tahan sejuk. Kami pun sejuk jugak, tapi dah memang nawaitu melancong musim sejuk nak rasa sejuknya macam mana tahan la sejuk tu.






Dari Nami Island kami bergerak ke restoran untuk dinner. Lepas dinner terus ke I-Park Condo di Sokcho bermalam di sini.





HARI KETIGA (SELASA 28/11/2017)
MOUNT SORAK - KIMCHI - KOREA COSTUME - EVERLAND - SUWON

Bangun awal pagi, lepas solat subuh packing beg nak check out. Seblum check out gi breakfast dulu.  




I-PARK KONDO


Dari hotel bergerak ke Mount Sorak ambik masa lebih kurang sejam perjalanan. Selepas selesai di Mount Sorak teruskan perjalanan ke bandar Seoul.

Dalam perjalanan singgah kat tempat rehat RnR untuk yang nak pegi toilet. Tak pernah lagi masuk toilet yang teramatlah bersihnya, malu kita kalau org korea dtg Malaysia tengok toilet kita.







Sambung perjalanan ke tempat shopping di Jangchungdan-ro, Euljiro 6(yuk)-ga, Jung-gu kat DOOTA duty free, tak da beli apa pun, beli baju dan magnet jer. Tak mampu nak beli macam2 barang mahal. Selesai shopping pegi lunch.











Selepas lunch sambung perjalanan ke tempat buat kimchi dan cuba pakaian tradisional Korea. Selesai buat kimchi dan cuba baju, kami bergerak ke EVERLAND. 









Dah puas main kat Everland gi dinner. Kat Everland ni pun kami lewat jugak, ralit dok main masa nak kluar dari taman tema terkandas kat perarakan pertunjukan. Nasib baik bukan kami jer yang lambat ada lagi yang lambat, tak de la malu.



HEATER DI LUAR EVERLAND









Dari Everland pegi dinner (restoran dekat dengan Everland), selepas dinner check in Landmark Hotel di Suwon.



VIEW DI HADAPAN HOTEL

HARI KEEMPAT(RABU 29/11/2017)
SHOPPING CENTRE - ITAEWON MOSQUE - MYEONGDONG STREET

Seperti biasa bangun awal pagi, Sebelum solat subuh packing beg nak check out. Breakfast dulu lepas tu check out hotel, menuju ke hotel yang seterusnya. 










Sambung perjalanan ke tempat2 shopping. Mula2 singgah ke kedai Ginseng (produk korea yang popular). Selepas Ginseng ke Kedai Kosmetik dan dituruti ke "Healthy Liver Shop".  


KEDAI GINSENG
Dari kedai2 tersebut bergerak untuk lunch di Itaewon.  Selesai lunch solat di masjid kat sini.







Selepas solat bergerak ke Deoksugong Palace di Sejong-daero, Taepyeongno 2(i)-ga, Jung-gu.  Selesai jelajah di palace ni bergerak ke Myeongdong Street (macam pasar malam) tempat shopping. kat sini beli t-shirt afiq 10,000 won dan gula2 warna putih (macam rambut) yang pernah masuk TV.

Dari Myeondong pegi dinner kat My Kampungku (pemilik orang Malaysia), makan nasi ayam. Akhirnya dah beberapa hari kat Seoul tak jumpa makananan yang sesuai dengan perut orang Malaysia, hari ni baru jumpa. Selepas dinner check in hotel, hotel yang Ketiga dan akhir di korea ni.
















HARI KELIMA(KHAMIS 30/11/2017)
FREE & EASY - DONGDAEMON STREET

Hari ni free & easy. Seblum kluar ronda2 Seoul breakfast dulu.  Dah janji dengan group nak gi jenjalan kat dongdaemon, tapi sebelum  tu kami bertiga jalan2 kat sekitar hotel, nak servey kawasan kononnya. Hotel kami menginap dekat jer dengan stesen keretapi.

hotel kami menginap


Dah puas jalan2 sekitar hotel balik hotel semula berkumpul kat hotel nak pegi Dongdaemon. Dari hotel naik  train (kORAIL). sampai di Dongdaemon gi lunch dulu kat restoran Pakistan. 






































Dah puas jalan dan shopping (orang lain yang shopping) kami jalan2 jer dan bergambar balik hotel. 











Malam sambung jalan kami bertiga jer, apalagi aktiviti kegemaran AfiQ la naik train. Dia jadi tour guide untuk mak ayahnya.









HARI KEENAM(JUMAAT 01/12/2017)

INCHEON AIRPORT - KLIA2 - HOME SWEET HOME


Hari akhir di Seoul, check out 5.30AM, dalam perjalanan ke airport singgah breakfast (gelap2 lagi dah makan mee sup). Selesai breakfast bergerak airport.  8.30AM flight depart dan mendarat di KLIA2 jam 3.05PM. Alhamdulillah percutian kami melihat negara orang ALLAH permudahkan.  















https://www.youtube.com/watch?v=uln23t6yu8o

YUNNAN

Bismillah… Pengalaman perjalanan DIY YUNNAN (Kunming, Dali, Lijiang dan ShangriLa) {24/08/2025 - 02/09/2025}.    ***Info YUNNAN YUNNAN - Sal...