Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Moga semuanya sihat sejahtera. First time berblogging 😅😅😅😅😅.
Pengalaman ber'half-backpacking' d ng Kangaroo, Australia, spesifiknya Melbourne selama 5 hari (13-17 Ogos 2018) Winter Season, bajet KURANG DARI RM3000.00😮😮😮😮😮.
MyFamily
OK sebelum citer pasal travel kami dengan lebih detail, saya nk citer cket
pasal Melbourne ni. Melbourne adalah sebuah ibu kota dan bandar yang
mempunyai penduduk paling ramai di negeri Victoria dan merupakan
bandar kedua mempunyai penduduk paling padat di Australia.
Melbourne dah disenaraikan sebagai sebuah bandar yang paling sesuai didiami di dunia sejak 2011. Ia terletak di titik paling utara teluk, iaitu berhampiran muara Sungai Yarra. Dari segi sejarah, Melbourne ditubuhkan pada 30 Ogos 1835 oleh koloni New South Wales.
Melbourne juga dikaitkan dengan sebuah pusat persembahan dan seni visual, menjadi tempat kelahiran gaya tarian yg dinamakan Melbourne Shuffle dan New Vogue.
Perbezaan waktu Malaysia (Kuala Lumpur) dengan Melbourne hanya 2 jam sahaja. Kalau di Malaysia pukul 7AM, di Melbourne pukul 9AM.
Melbourne juga mempunyai rangkaian trem terbesar di dunia. Kami akan mendarat di Tullamarine Melbourne International Airport. Di bawah adalah peta negara Australia:
![]() |
| Perjalanan lebih dari 8 jam dari KLIA 2 ke Melbourne macam nak ke Mekah |
Masa tu dalam bulan Mac 2018, kami pegi riki kat matta Fair di Ipoh Parade. Dah pusing2 tengok trip Beijing, Kashmir dan Melbourne balik nak fikir dulu nak pegi mana sebenar. Habis matta fair pun tak decide jugak nak pegi mana.
Seminggu selepas matta fair, cuba2 tengok tiket flight air asia, cari penginapan congak2 bajet boleh ke Melbourne. So ke Melbourne la kami untuk tahun ni, perancangan asal nak ke Kashmir sebenarnye, tapi tengok trip ke Kashmir mcm mahal tukar plan. Disebabkan travel "half-backpacking style", kami decide tak ambik luggage. Hanya aku jer yang ambik luggage 20kg pegi balik.
Penginapan di sana kami servey kat Trivago.com. Servey punya servey, last2 pilih Hotel Ibis Style Kingsgate 3 org $480 utk 4 malam. Persediaan terus menerus dibuat sepanjang 4 bln ni. Antara perkara penting yang perlu disediakan:-
1) Passport & Visa
Ini adalah yang paling penting sekali sebelum ke Australia. Nak kluar negarakan kenalah ada pasport. Dan nak masuk ausie kena ada visa, klu tak da visa pihak imigresen tak akan benarkan korang masuk ke sana.
Terima kasih Encik Zailan dari Corporat Travel Advisor tolong buatkan visa untuk kami siap dengan boarding pass sekali. Kalau nak selamat, sila print Visa anda dan bawa sekali masa nak check-in.
2) Tiket penerbangan (e-ticket / boarding pass bagi AirAsiaX)
Kalau nak cepat dan mudah, buat je web check-in. Senang dan tak tergesa-gesa masa kat airport nanti. Print siap2 boarding pass dan standby elok2. Tapi kami tetap kena ke kaunter untuk check in luggage (1 jer pun).
Boleh tukar duit ke AUD Australia siap2 kat Malaysia. Saya tukar di Money Changer Munawarah
Ipoh. Masa tukar tu, rate 3.00 (sumber
Bank Negara) dan dapat selling rate 3.03 kat Ipoh. Elakkan tukar di airport kerana kadar
tukarannya rendah dan rugi.
| Australian Dollar..... |
Kad kredit pula standby untuk
emergency dan PLEASEEE elakkan guna kad kredit anda untuk shopping
ye.. Takut anda pitam dan pengsan bila bil kad kredit anda
sampai nanti he he he. Almaklumla kat Aussie barang berjenama boleh tahan la
murahnya. Kami tak da kad kredit pinjam kad kredit Abang Wan Embong untuk kes2 emergency jer. Alhamdulillah tak guna pun, cuma guna untuk deposit hotel jer AUD100😊😊😊.
4) Pakaian
Kami gi sana musim sejuk (winter), suhu dianggarkan sekitar 7-14C. Tapi tak la sesejuk mcm kat Seoul 0-5C(28/11/2017–3/12/2017). Apa yg kami bawak bbrp t-shirt, jeans, down jaket, glove & mafla.
Musim di Australia:
Musim di Australia:
Musim panas (summer): Disember-Februari
Musim luruh (autumn): Mac-Mei
Musim sejuk (winter): Jun-Ogos
Musim bunga (spring): September-November
5) Lain-lain barangan
Untuk kami punya ala2 backpackers ni, saya decide nak bawak sikit barang2. Kami bwk mini toiletries & tidak lupa juga kepada International Adaptor yg dah lama berkhidmat untuk kami 😊😊😊😊😊.
Kami plan bawak bekalan makanan sendri yang dibeli d Malaysia waktu kami kat sana. Walau bagaimanapun, ada jenis makanan yang boleh dibawa dan DILARANG untuk bawa masuk ke Australia.
Kami plan bawak bekalan makanan sendri yang dibeli d Malaysia waktu kami kat sana. Walau bagaimanapun, ada jenis makanan yang boleh dibawa dan DILARANG untuk bawa masuk ke Australia.
Makanan yang BOLEH dibawa (tapi kena declare):
Mi segera, Bubur Nasi perisa
ayam, kari, vegetarian dsb.
Ikan sardin/tuna dalam tin.
Rencah sambal tumis, kari ayam, kuah kacang spt jenama
Brahims, Aliff dsb.
Kiub ayam, tomyam especially jenama Maggi (Nestle
adalah syarikat Australia).
Ikan bilis (dipaketkan di kilang seperti beli kat
Tesco/Giant).
Beras, bihun, spageti dll yang x mempunyai
unsur2 terlarang seperti telur.
Nescafe (yang tak ada susu, hanya guna non-dairy creamer).
Susu formula untuk bayi ataupun anak-anak kecil.
Ubat-ubatan (prescribed by your
doctor). Panadol & balm blh bwk.
Rempah ratus yang berbentuk serbuk dipaket.
Contoh FOOD DECLARATION LIST
FOOD NAME
|
INGREDIENT
|
QUANTITY
|
|
1.
|
Ayam Brand Fried Mackerel In
Chilli Sauce 155g
|
Fried
Wild Caught Mackerel (Wild Caught Mackerel Fish, Sustainable Palm Oil (Rspo
Certified)), Red Chillies, Sugar, Sustainable Palm Oil (Rspo Certified),
Salt, Contains Thickener (Modified Starch) As Permitted Food Conditioner
|
2 can
|
2.
|
Ayam Brand Sardines In Tomato
Sauce 155g
|
Wild
Caught Sardines Fish, Tomato Paste, Sustainable Palm Oil (Rspo Certified),
Salt, Contains Thickener (Xanthan Gum) As Permitted Food Conditioner
|
2 can
|
3.
|
Ayam Brand Tuna Mayonnaise 160g
|
Minced
Wild Caught Tuna Fish, Soya Bean Oil, Waterchestnut, Onion, Pickle Cucumber
(Cucumber, Salt), Vinegar, Contains Thickener (Modified Tapioca Starch) As
Permitted Food Conditioner, Sugar, Egg Powder, Salt, Natural Flavour Extracts
(Onion, Garlic, Clove), Contains Thickener (Xanthan Gum) As Permitted Food
Conditioner, White Pepper
|
1 can
|
4.
|
Ayam Brand Tuna Mayonnaise Mild 160g
|
Minced
Wild Caught Tuna Fish, Soya Bean Oil, Waterchestnut, Onion, Pickle Cucumber
(Cucumber, Salt), Vinegar, Contains Thickener (Modified Tapioca Starch) As Permitted
Food Conditioner, Sugar, Egg Powder, Salt, Natural Flavour Extracts (Onion,
Garlic, Clove), Contains Thickener (Xanthan Gum) As Permitted Food
Conditioner, White Pepper
|
1 can
|
5.
|
Cube Sugar Prai 5g X 100 Cube
|
Sugar
|
5g x 100 cube
|
6.
|
Jasmine Sunwhite AAA Special
Fragrant Rice 1kg
|
Fragrant Rice
|
1 kg
|
contoh LIST OF
MEDICINE
MEDICINE
|
QUANTITY
|
PURPOSE
|
|
1.
|
PARACETAMOL 500mg
|
2 Loaf (20 X 500mg)
|
Pain
Killer (Headache, Toothache, Back And Period Pain) And Cold Or Flu Symptoms
|
2.
|
DEXCHLORPHENIRAMINE
2mg
|
2 Loaf (20 X 10mg)
|
Flu
|
3.
|
COPASTIN HCI 10mg
|
2 Loaf (20 X 10mg)
|
Cough
|
4.
|
HYDROSIL 420mg
|
2 Loaf (20 X 420mg)
|
Gastric
|
5.
|
HYOSCINE 10mg
|
2 Loaf (20 X 10mg)
|
Stomach Aches
|
6.
|
LORAMIDE
Loperamide I2mg
|
2 Loaf (20 X 12mg)
|
Diarrhea
|
7.
|
METOCLOPRAMIDE HCI 10mg
|
2 Loaf (20 X 10mg)
|
Vomit
|
8.
|
Oral Rehydration Salts 5.125g
|
5 Packet 5.125g
|
Treating Diarrhea,
Hypernatremia, Dehydration And Other Problems
|
9.
|
HORF LOZENGES HCI 5mg
|
2 Loaf (8 X 5mg)
|
Sore Throat
|
10.
|
AMLODIPINE 5mg
|
5 Loaf (50 X 5mg)
|
Hypertension
|
11.
|
MECANDIN Cream 2%W/W
|
2 tube
|
Itchy Skin
|
12.
|
MENZZA Cream 15G
|
1 Tube
|
Relief Of Joint And Mascular
Pains
|
13.
|
WINTOSAL Cream 30g
|
2 Tube
|
Shoulder & Muscular Aches
|
14.
|
VICKS VAPORUP OINTMENT 10g
|
2
|
|
15.
|
GAMAT OIL 20G
|
1 BOTTLE
|
|
16.
|
TRANSPARENT PLASTER
|
1 Box (25 pieces)
|
Protect injuries
|
Makanan yang TIDAK BOLEH dibawa:
Serunding daging/ayam.
Bahan makanan yang mengandugi telur.
Hasil tenusu spt mayonis, susu, cheese etc.
Minuman & makanan yg mengandungi coklat @ pun susu.
Buah-buahan.
Rempah ratus yang berbentuk biji (bunga cengkih,
lada hitam) yg belum dikisar.
Daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan
bahan-bahan ini.
Utk maklumat yg lebih detail, blh rujuk kat website Australian Agriculture.
TIPS PENTING SEBELUM BER'BACKPACKING'!!!
Prepare mental dan fizikal hadapi segala kemungkinan buruk;
Prepare visa & passport (ic dan pasport email ke email sendiri) dll;
Aktifkan kad debit utk kegunaan luar jangka;
Aktifkan kad debit utk kegunaan luar jangka;
Study tempat2 nak pergi,
masa, bajet etc;
Kat ng mat salleh @ Korea @ negara bukan muslim, biasanya tandas diorg takde air. Botol mineral kosong sentiasa kena bwk ye;
Baca doa musafir.
Moga Allah permudahkan perjalanan......
6) Insuran Perjalanan
Moga Allah permudahkan perjalanan......
6) Insuran Perjalanan
HARI PERTAMA (AHAD 12/08/2018)
Penerbangan
dari KLIA2 ke Tullamarine Melbourne International Airport...
Tiba la waktunya tarikh penerbangan yang dinantikan (4 bulan menanti dengan sabar). Flight kami pada 12.08.2018, 10.30PM. Dari rumah, abang Wan Embong tolong hantarkan kami ke stesen bas. Kami bertolak dr Ipoh 9.30AM, naik bas STAR SHUTTLE dari Amanjaya sampai KLIA2 lebih kurang jam 2PM. Jenuh melepak ronda2 di KLIA2 ni.
Lepas siap solat jamak Maghrib dan Isyak kami terus check in. Kami naik buggy ke tempat menunggu dan tibala masa untuk kami berlepas menaiki flight AirAsiaX, 10.30PM flight depart. Masa dalam flight tu, tak da sorang orang pun melayu sedih lah pulak. Semua mat saleh nak balik negara depa kot.
Di KLIA2, imigresen Malaysia sangat strict. So, kalau bawak hand carry luggage, make sure saiz dan berat beg memenuhi kriteria. Lbh 0.5kg pun diorang x bagi masuk.
HARI
KE-2 (ISNIN 13/08/2018)
Tullamarine Melbourne International
Airport & round melben city
Dalam flight nak jimat, booking makan untuk Afiq sorang jer (tengah membesar sentiasa lapar) lagi pun disebabkan flight malam sebelum check in kami makan dulu, dalam flight boleh tido 😂😂😂😂😂.
Ingat nak tido dalam flight, tapi nasib kami malang. Dalam flight kat sebelah kami pasenger cina bwk 2 baby. Dari mula depart sampai le arrive ke Tullamarine Airport depa melalak jer sepanjang masa, macam marathon non stop. Diam bila keduanya tido (tu pun sekejap jer), baru aman macam citer ahmad albab mata tutup mulut pun tutup la 😞😞😞😞😞.
Setelah tiba di Tullamarine Melbourne International Airport jam 8.50 pagi melbourne, tibala masa untuk pemeriksaan oleh bahagian imigresen Australia. Hati ni dup dap dup dap risau, sebab dok baca blog2 yg pernah dtg sini kata officer aussie ni strict.
Ingat nak tido dalam flight, tapi nasib kami malang. Dalam flight kat sebelah kami pasenger cina bwk 2 baby. Dari mula depart sampai le arrive ke Tullamarine Airport depa melalak jer sepanjang masa, macam marathon non stop. Diam bila keduanya tido (tu pun sekejap jer), baru aman macam citer ahmad albab mata tutup mulut pun tutup la 😞😞😞😞😞.
Setelah tiba di Tullamarine Melbourne International Airport jam 8.50 pagi melbourne, tibala masa untuk pemeriksaan oleh bahagian imigresen Australia. Hati ni dup dap dup dap risau, sebab dok baca blog2 yg pernah dtg sini kata officer aussie ni strict.
Mula2 check passport. Afiq di depan sekali, dia gi kaunter dulu, oficer ausie tanya with whom you travel, afiq jawab with parent so oficer ausie panggil kami semua, siap bandingkan muka dgn gambar, check details dlm arrival card (e.g. address, duration etc).
Dah settle imigresen, kami diarah ke kaunter 2 khas untuk check bagasi pula. Nak check barang makanan yang dibawa, check betul ke tak declaration list yang dibuat tu dgn apa yang dibwk. So make sure declare betul2 ok!
Tips untuk senang lepas imigresen (insyaallah):-
1) Senyum dan ucapkan selamat
2) Jawab dengan sopan
3) Bercakap dgn memandang mata (eye contact)
4) Jujur dalam percakapan.
5) Kurangkan 'unnecessary movement'
Sebelum ke kaunter 2, makanan yang dibwk kami masukkan dalam 1 beg. Senang kalau oficer aussie nak check, bukak satu beg jer, tak perlu la nak geledah semua beg (baca blog depa buat macam ni).
Lama jugak la kami kat imigresen tu. Kena beratur panjangggggg sangat. Dugaan2..... Alhamdulillah, Allah permudahkan semua lepas. Soalan cepu mas dari oficer aussie "do you bring food, what kind of food". Aku pun jawab "can food", terus dia kata ok byeeeeee. Lega rasanya tak de nak check bagai. Baca blog sebelum ni, oficer akan check dengan teliti makanan yang kita bawak.
Alhamdulillah selesai dengan imigresen, punyala excited nye kami, masing2 x sabar nak pusing2 satu Melbourne. Padahal masih jetlag lagi sbb flight dari KLIA2 ke Melbourne lbh dari 8 jam, sampai lenguh dan bengkak la kaki ni.
Tak menunggu lama, kami
terus je gi cari booth OPTUS nak beli sim card. Dah selesai beli pegi ke dataran yang ada perkataan MELBOURNE (depan airport) untuk bergambar la apa
lagi nak buat kenangan…..
Lepas tu gi ke kaunter SKYBUS yang terletak di luar balai ketibaan. Ada 2 kaunter di situ. Kami terus saja tunjuk tiket pergi-balik dari airport --> Southern Cross Bus Station --> airport dengan harga $72 untuk family pakej (beli online). Umur afiq belum 17 dikira masih kanak2, dah jimat kat situ kalu tak sorang 36 x 3 $108. So kami dah jimat $36.....
Sampai kat Southern Cross Station tu, Afiq ambik peta Melbourne di sini dan kami terus ke Hotel IBIS Style Kingsgate (hotel dekat dgn Southern Cross Station) lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Sepjg jln nampak melben city ni bersih sangat dengan suhu yang sejuk n nyaman teruja sesangat.
Kami sampai hotel lebih
kurang kul 11AM. Nasib baik hotel bagi
check in sepatutnya check in kul 1PM, dapat bilik selesa sangat ada 4
katil. Masa tempah dulu untuk 3 orang 3
katil. Dah siap2 check-in hotel, kami semua mandi
dan bersiap. Semua masih lagi excited nak gi jalan2. Makan bekalan untuk lapik
perut dan apa lagi lepas tu jenjalan la kami.
Ronda2 melben city
Selepas solat jamak zohor dan asar, kami pun turun dari hotel dan meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Extragreen Tour (public tour) kat Swanston Street nak riki tempat menunggu untuk tour kami. Dah booking online tour ni nak gi Mount Buller 14/8/2018 dan GOR 15/8/18. Di Melben ni ada banyak bangunan2 heritage. Menarik sesangat dan di sini juga ada sistem tram.
Lepas selesai kat Extragreen beli kad Myki kat 7E untuk 3 orang. Dewasa $6, kanak2 $3 dan top up untuk setiap kad $10. Semua sekali $45. Walaupun public transport kat Melbourne ni banyak, tapi yang unik nya, takde pun orang yang jaga kat setiap stesen untuk jual tiket atau tempat tambah nilai manual, semua automatik. Transport awam (tram, train & bus) semua guna Myki.
Memang takde orang monitor. Owhhh.. jangan silap. Sebenarnya walaupun takde orang yang tengok, tp surveillance camera ada di merata2. Sapa2 kantoi guna tram atau train (kecuali free tram zone) tanpa touch Myki, akan disaman $350 (atau lbh) on da spot. Owh mintak simpang malaikat 44 😟😟😟😟😟.
Dah selesai kat Extragreen, kami teruskan perjalanan (jalan kaki jee...) ke Federation Square & Flinders Street Station. Sepjg jalan kira dok ambik gambar jer rasa macam cantik sesangat view di melben ni (hari pertama sampai teruja la kan), rasa macam dalam movie pulak.

Dari flinders street kami naik tram (first time) ke Shrine of Remembrance (tugu peringatan perang) kat botanik garden. Pusing2 ambik gambar kenangan kami patah balik ke Flinders Street.
Shrine Of Remembrance ni
adalah sebuah kawasan yang menempatkan tugu2 peringatan kepada
pejuang2 Australia yang dihantar ke seluruh negara Komanwel dalam
perang dunia ke-2.
Lepas tu jenjalan kat Yarra River sampai kat Pony Bridge (pejalan kaki). Cantik view di sini. Dah puas jalan kami balik hotel nak solat magrib dan isyak. Lepas tu kluar lagi ronda2 city waktu malam pulak. Dah puas ronda balik hotel esok nak gi Mount Buller.
Lepas tu jenjalan kat Yarra River sampai kat Pony Bridge (pejalan kaki). Cantik view di sini. Dah puas jalan kami balik hotel nak solat magrib dan isyak. Lepas tu kluar lagi ronda2 city waktu malam pulak. Dah puas ronda balik hotel esok nak gi Mount Buller.
Mount
Buller (snow time)
Tak sabar nak main salji,
kami bangun awal pagi, masak untuk bekalan kat sana, simple jer nasi goreng,
sandwich dan air nescafe. sebelum subuh
dah gerak ke pejabat urusan <<www.extragreen.com.au>>
di Swanston Street, tempat berkumpul untuk ke Mount Buller. Kami tempah pakej Mount Buller ni
secara online. Harga setiap seorang $68. Kalau berminat boleh la ke website diorang untuk urusan tempahan.
Perjalanan ambik masa 3 jam ke mount buller. Kebanyakan pelancong cina
dalam bas ni. Sepanjang jalan boleh
tengok ladang lembu, biri2 dan kuda yang amat la luas. Sebab tu la depa tak
bagi masuk daging ke negara depa. Sepanjang jalan ke mount buller ladangnya menghijau.
Dah sampai kat sana beratur nak ambik tobogan. Dah ambik tobogan naik chair lift pulak untuk naik ke puncak gunung nak tengok orang main ski. Kami main tobogan jer.


Dah puas bergambar kat puncak gunung turun bawah nak main tobogan pulak. Sampai lenguh kaki turun naik bukit main tobogan. Sebelum tu pegi village tangkap gambar utk kenangan. Dah puas main, pulangkan balik tobogan. Sebelum tu beli hot coklat $10 1 cup, nak rasa minum hot coklat kat tempat sejuk.

Lepas solat zohor dan asar (tepi jalan jer) bergerak balik dalam
pukul 4PM ke melben city. Dalam perjalanan tido sebab dah letih sangat. Bila sedar tengok orang dah turun bas,
apalagi kami turun la jugak.
Dekat 20 minit menapak baru
jumpa 7E, sepanjang perjalanan ke 7E angin punyalah kuat. Afiq bukak weather
app. masa tu windy lebih kurang 40km
perhour. Patut la rasa macam nak
terbang. Beli Myki Afiq & topup kami punya, terbang lagi 33aud untuk myki
jer. Depan 7E ada laluan tram so kami
naiklah tram ke melben city setelah jenuh menapak. Sampai hotel lebih kurang 9PM. Lepas solat maghrib dan isyak
masing2 tido letih main salji ngan menapak pinggir bandar melben. Esok nak gi GOR trip pulak.
PERBELANJAAN (14/08/2018)
HOT COKLAT $10
MYKI $33
JUMLAH $43
HARI
KE-4 (RABU 15/08/2018)
Great Ocean Road
Hari ni pun bangun awal jugak. Untuk
bekalan seperti semalam masak nasi goreng, sandwich dan air nescafe. Selepas solat
Subuh dan bersiap untuk ke Great Ocean Road (GOR), pakej GOR ni tempah
secara online. Harga setiap sorang $45, sepatutnya termsk sarapan
pagi dan makan tengahari tapi tour guide kata terpaksa batal dan duit yang dah
dibayar direfund balik. Masih lagi tour
yang sama <<www.extragreen.com.au>>.
Dari hotel Kami naik tram ke Extragreen untuk perjalanan kami hari ni melalui Great Ocean Road. Lebih kurang 8.30AM, kami bergerak ke 12 Opostles melalui Great Ocean Road dengan bas pelancong.
Sementara menunggu tour guide sampai, lepak kat Extragreen sambil tgk org melben terkejar2 nak naik tram. Aku disapa sorang mat saleh ni "nice shoes" sambil "thumb up". Aku senyum jer, klu dia tau rege kasut ni gerenti dia terkejut (beli kat econsave faham2 jer lah kan)😆😆😆😆😆.
Dalam bas tu ada lebih kurang 50 orang pelancong ada 7 orang warga Malaysia termasuk kami dan baki dari pelbagai negara tapi kebanyakannya pelancong dari cina untuk sama2 join kami trip GOR.
Dalam perjalanan bas henti kat kilang coklat. Waktu kami sampai, bas pelancong lain belum tiba. Waktu nak balik tengok dah berderet2 bas sampai. Konon tak nak beli apa2, tapi kantoi terbeli jugak. Sekejap jer di sini, lepas pegi toilet dan shoping sikit kami teruskan perjalanan dan henti sekali lagi di pintu gerbang Great Ocean Road.
Dah bergambar sakan kat pintu gerbang GOR dan di tepi pantai yang amat la cantiknya, kami teruskan perjalanan ke Apollo Bay tempat untuk lunch. Sampai kat Apollo Bay, tour guide bwk lunch kat ILUKA Restoran & Motel.
Restoran ni mendapat sijil halal daripada islamic body kat Australia. Yakin halalan toyyibannn… Kami beli fish & chip jer 1 bekas kongsi 3 rege $15. Pegi makan kat padang di seberang jln Restoran ILUKA sambil bukak bekal yang dibawak. Selesai makan teruskan perjalanan ke
Perjalanan diteruskan ke 12 Apostles di mana letaknya gugusan batu kapur d tepian pantai Port Campbell. Tapi sekarang ni hanya tinggal 8 Apostles jer yang tinggal. Yang lagi 4 sudah hancur menyembah bumi... Subhanallah cantiknya tempat ni. Kalau nak tau kisah 12 Apostles ni, kena cari lah kat cik google.
Waktu sampai kat sini hujan
turun, tak putus2 aku berdoa agar hujan berhenti untuk kami melihat keindahan
alam ciptaan Allah. Alhamdullilah, Allah perkenankan. Sekejap jer hujan turun, Allah permudahkan urusan kami. Di kwsan ni angin punya la kuat nak
berjalan pun susah tapi kami redah jugak hingga ke hujung. Selesai bergambar kami teruskan perjalanan ke
Loch Ard Gorge, dekat jer dengan tempat ni.
Dah puas tangkap gambar kat 12 Apostles, kami meneruskan perjalanan
ke Loch Ard Gorge yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Kawasan
ni view dia memang teramatlah ohsem. Penat
tak terasa bila melihat keindahan ciptaan Allah.. Alhamdulillah..
Lebih kurang 30 minit kemudian, kami meneruskan perjalanan pulang ke melben city. Seharian yang amat memenatkan tapi sangat2 berbaloi. Hanya
dengan $45, kami dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah yang Maha
Hebat di negara Australia ni.
Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 3 jam membuatkan mata kami mengantuk. Tertidur dalam bas. Sampai di melben city, bas singgah di Victoria Queen Night Market ada pelancong yang nak turun kat situ. Kami pun turun jugaklah nak tengok night market kat ausie. Kat night market ni kebanyakan dia jual makanan. So kami jenjalan je lah, nak beli makan takut tak halal. Dari night market kami menapak ke hotel.
Sebelum sampai hotel, singgah mart afiq nak beli buah pisang dan apple $2. Sampai je di hotel, kami bersiap2 mandi solat jamak maghrib isyak dan makan malam. Makan malam maggi & biskut lepas tu tido. Esok nak rounda2 melben city lagi.
PERBELANJAAN (15/08/2018)
COKLAT $26.95
MAKAN $15
APPLE & PISANG $2
MISC $12
JUMLAH $55.95
HARI KE-4 (KHAMIS 16/08/2018)
Victoria Queen Market, Melben city & Brighton
Beach
Hari seterusnya diteruskan dengan solat Subuh. Lepas mandi, sediakan sarapan sekadar yang perlu je. Macam biasa nasi goreng dan sandwich tuna.
Beli-belah d Victoria Queen Market & jenjalan melben city
Dari hotel naik tram ke Victoria market, kami meneruskan jejak kembara kami (kembara la sangat) dgn shopping di Victoria Queen Market. Takde shopping apepun cuma keychain, tshirt, fridge magnet je utk family & kengkawan yg menanti di tanah air tercinta Malaysia.
Lepas shopping jalan2
lagi sampai ke Melbourne Universiti,
Town Hall, Royal Exhibition Building, Parliament House, Melbourne Museum, The
Old Treasury Building dan banyak lagi.
Hajat hati nak gi State Library Victoria tapi tak kesampaian sebab dah
penat sesangat. Dah penat jalan, balik
hotel sebab lepas solat jamak zohor dan asar nak gi pantai (Brighton Beach) nak tengok kotak yang warna warni tu 😍😍😍😍😍
Selepas solat kami bergerak ke Southern Cross Station ambik train ke Sandrigam. Dan dari Sandrigam ke Brighton Beach Station. Jenuh turun naik train tukar stesen bagai dan alhamdulillah selamat sampai juga kami ke Brighton Beach.
Sampai di Brighton Beach Station, kami berjalan kaki menyusuri pantai lebih kurang 1km untuk sampai
ke bathing boxes area.
Apa lagi bergambar sakan la di tepi pantai tu berlatar belakangkan boxes
yang berwarna warni tu.
Lebih kurang 5PM, kami bergerak ke Brighton
Middle Station nak ke St Kilda tapi apa kan daya badan dah tak mampu, terus tukar
rancangan balik hotel. Terlepas la nak ke St Kilda & tak dptla tengok cik penguin. Train dari Brighton Middle Station berenti kat Flinders
Street Station, dari sini ambik tram balik ke hotel untuk berehat. Penat woo
seharian berjalan.
Walaupun badan penat, selepas
solat jamak maghrib isyak keluar semula. Disebabkan bekalan makanan dah habis,
malam akhir di melben kami makan kat luar. Restoran pakistan, makan nasi
beriani. Kalu nak banding beriani kat sana dgn Malaysia, sedap lagi d Malaysia. Punyala pedasnya, sudahnya tak habis
pun. Untuk 3 orang 47.95AUD. kalau hari2 makan mcm ni licin AUD dalam
wallet.
Hari
akhir baru tahu dalam CBD (Zon 1) tram nyer percuma je (tak perlu touch) kecuali zon 1 + 2 baru kena touch. Dah banyak mana dok top up myki rupanya free
jer. Patut la tengok orang lain tak de pun nak touch myki depa, kami jer yang
galak dok touch. Nayer betul.
Lepas makan malam, misi lepas ni naik tram pusing2 bandar melben (ikut kehendak anak teruna). Akhirnya pegi lah jugak ke State Library Victoria, jejaklah jugak kaki ke situ.
Dari library naik tram ke Dockland. Jenjalan kat dockland jab, tengok dari jauh jer Etiihad Stadium. Ada krew tengah shooting filem masa kami jalan2 kat sini.
Dah puas turun naik tram, balik hotel nak packing esok dah nak balik (Flight kul 9.30AM), sblm sampai hotel Afiq singgah mart beli apple sebijik $1 jgn convert yer klu convert rasa nak pengsan.
PERBELANJAAN (16/08/2018)
BAJU $84
KEY CHAIN & FRIDGE MAGNET $110
MYKI $35
MKN MALAM $47.95
APPLE $1
JUMLAH $277.95
PERBELANJAAN KESELURUHAN DI MELBEN $441.90
HARI KE-5 (JUMAAT 17/08/2018)
Penerbangan dari Tullamarine
Melbourne International Airport ke KLIA2...
Elakkan dari tertinggal flight!!!
Malaysia kami nak balik.....
Hari akhir di melben. Bangun awal dah siap semua kul 5AM check out hotel. Berjalan kaki ke Southern Cross Station. Sampai sana kami terus naik bas pukul 5.15AM ke airport. Lebih kurang 30 minit, kami pun tiba di Tullamarine International Airport. Selepas solat subuh dan terus check-in (kat airport ada bilik sembahyang untuk semua agama).
8.30AM penumpang mula masuk flight. Waktu balik ni pesenger tak ramai sangat, ketua pramugara dtg bagi tau pegi cop tempat yang kosong. Apalagi 3 seat sorang la, siap landing lagi 😤😤😤😤😤.
Flight take off 9.30AM waktu melben dan kami tiba di KLIA2 4PM waktu Malaysia. Pengalaman 5 hari di Melbourne memang best. Melawat waktu winter season memang best sesangat (untuk family saya la). Negara kita panas buat ape gi ng panas jugakkan. Alhamdulillah perjalanan kami Allah permudahkan.







































































































No comments:
Post a Comment