Thursday, 23 October 2025

YUNNAN

Bismillah… Pengalaman perjalanan DIY YUNNAN (Kunming, Dali, Lijiang dan ShangriLa) {24/08/2025 - 02/09/2025}. 

 ***Info YUNNAN

YUNNAN - Salah sebuah negeri di China dengan keindahan semulajadi yang menakjubkan dan kepelbagaian yang luar biasa di barat daya China.  Daripada pergunungan dan budaya etnik yang pelbagai sehingga ke bandar-bandar purba dengan landskapnya yang cantik.

Di YUNNAN terdapat penduduk ISLAM, makanan halal tak susah. Walau pun tak banyak tapi ada kedai-kedai makan yang halal. YUNNAN di atas GARISAN SARTAN (negeri 4 musim). Tapi Yunnan tidak seperti negara 4 musim yang lain, negeri ini di kawasan tanah tinggi, walaupun musim summer suhu tetap sejuk.

Winter – SEJUK  (Disember – Mac)

Spring – BUNGA (April – Mei)

Summer – PANAS (Mei – September)

Autumn – LURUH (Oktober – November)

 ***Info:

1. Acces untuk data dan internet dekat YUNNAN ni mudah,  boleh beli esim di KLOOK, TRIP.COM   atau lain-lain apps.

2. Di negara CHINA pembayaran menggunakan ALIPAY, penggunaan wang tunai amat kurang. Hatta peniaga tepi jalan pun menggunakan ALIPAY & TNG.

3. Komunikasi kena guna “Translator app”, rakyat China kebanyakan tidak boleh berbahasa Inggeris. Signboard dan menu pun di dalam Bahasa Ibunda mereka

 KISAH KE YUNNAN

Sebelum ni tak pernah tahu pasal YUNNAN,  yang tahu kalau ke China cuma Beijing.  Beijing sepatutnya pergi tahun 2017 tapi waktu MATTA FAIR 9/2017 orang Ipoh tak berminat nak ke Beijing, sudahnya tukar haluan ke Korea.

Selepas balik dari Kashmir 2024 patutnya dalam perancangan nak ke Eropah tapi di sebabkan di TIKTOK FYP YUNNAN, tukar haluan ke Yunnan, China.  Sempena 5.5 Air Asia ada buat promosi penerbangan murah, tak berlengah terus  tempah flight ke Kunming.  Dapat harga di bawah 1K sorang, selepas tu bermulalah mencari contoh itenari DIY. Cadangan perjalanan KLIA – KUNMING – DALI – LJIANG – SHANGRILA – KUNMING – KLIA

Setelah Itenari siap, mula riki hotel di Agoda dan Trip.Com.  Di agoda hotel di YUNNAN tak banyak pilihan, banyak buat carian di Trip.com.  Kerjanya Book lepas tu batal, sampai satu tahap hotel di ShangriLa yang ditempah tak boleh batal, kalau batal bayaran tak dikembalikan. Terpaksa kekal dengan hotel  tu dan itenari pun dah tak boleh diubah.

Servey yang di buat, wang tunai tidak digunakan di China tetapi kami tetap tukar takut ada kecemasan.  22/8/2025 (Jumaat) tukar di Syarikat Munawarah, Jalan Onn Jaafar, Ipoh RM535.00 (900 yuan). 

24/08/25 – 25/08/2025 – IPOH - KLIA - KUNMING

9.30am hantar abang (kucing) ke rumah orang jaga, yang lain tawakal tinggal kat rumah. Tinggal kat depa makanan untuk 10 hari dan 7 tempat poo.  11.00am gerak ke KLIA, jam 3 petang berenti solat di Masjid KLIA. Jam 5 bergerak ke tempat parking KLIA. Flight kami ke Kunming jam 9.30pm, berehat dulu di ruangan berehat KLIA2. Jam 6.30pm checkin luggage, lepas tu bersiap solat maghrib isyak. Lepas solat terus bergerak untuk checkin, kami diminta masuk ikut laluan tepi, staf di situ tak periksa pun beg kami.  Semua berjalan lancar di KLIA2, flight pun ON TIME berlepasnya.

25/08/2025 – KUNMING - DALI

Jam 1.15am (25/8/2025) kami sampai di airport Kunming. Selesai ambik luggage kami pergi kedai makan halal di airport, sementara menunggu Stesen Keretapi Kunming dibuka jam 4.30 pagi kami makan mee dulu. Jam 3.30 kami keluar dari kedai makan menuju ke tempat DIDI.






Di sini bermula masalah berkaitan dengan pendaftaran WECHAT, kami difahamkan untuk book DIDI kena ada akaun WECHAT. Pendaftaran WECHAT tak Berjaya sebab perlukan pengesahan dari pengguna akaun WECHAT, kami ambik keputusan guna prebet sapu dengan harapan driver akan bantu kami verify akaun WECHAT. 

Malangnya driver tersebut enggan verify akaun kami. Driver kenakan bayaran sebanyak 100yuan dari airport ke Stesen Keretapi. Nayer, hari pertama kami dah kena pau.

Kami sampai ke stesen keretapi sebelum jam 4.30pagi, tunggu di situ sebelum gate dibuka. Afiq mencuba  lagi untuk daftar WECHAT, tapi tetap tak Berjaya.  

Apabila gate dibuka kami masuk untuk scan beg, lepas tu kami ke lorong manual untuk masuk ke dalam stesen. Lagi sekali masalah terjadi. Tiket yang dibeli di TRIP.COM tak dapat dibaca, nasib baik ada pelancong berbangsa Cina dari Johor tolong kami waktu tu. Kami ke kaunter untuk print semula tiket yang dah dibeli.

Rupanya waktu mengisi data di TRIP.COM, aku tertinggal huruf A di depan no passport. Sebab itulah apabila di scan nombor pasport berbeza.  Setiap kali masuk stesen keretapi kami kena serahkan tiket yang dah di print dan maklumkan staf tersebut tiada A. Alhamdulillah selesai masalah tiket. Di Stesen ni kami jumpa group DIY dari Kelantan 4 orang perempuan, depa pun nak ke Dali.

7.00 pagi mula beratur masuk ke tempat boarding train, 7.25am train bergerak ke Dali. Perjalanan dari Kunming ke Dali aku tak berapa nak happy sebab memikirkan masalah WECHAT yang masih tak dapat daftar.  Rupanya semasa di dalam train, afiq berhubung dengan kawan yang asal dari China belajar di USM. Dia maklumkan guna ALIPAY pun boleh book DIDI.




9.30 pagi kami sampai di Dali, kami ambik DIDI ke hotel. Hotel kami di Kawasan Dali Ancient Town (Designer B&B – Dali Ancient Town Foreigner Street Inn), DIDI hantar separuh jalan ja sebab hotel tu di dalam kawasan Ancient Town DIDI tak masuk. Kami kena menarik luggage ke hotel. Jalan di Dali Ancient Town berbatu bata, kami terpaksa angkat beg takut roda luggage rosak. Tak jauh tapi jenuh jugak nak mengangkut beg ke hotel, nasib baik beg tak berat sangat.

Sampai hotel dalam jam 10.30 pagi, kami disambut dengan ramah oleh pemilik hotel. Cara komunikasi di sini kena guna apps translator. Pemilik cuba verify WECHAT untuk kami tapi tetap tak berjaya, akhirnya kami pasrah. Mungkin ada hikmah kami tak berjaya daftar wechat.

Disebabkan kami sampai awal bilik belum sedia lagi, kami keluar dulu untuk lunch. Nasib baik hotel yang kami duduk ada kedai2 muslim di sekitarnya,  lepas lunch jalan sat lepas tu kami balik hotel.





















Sepatutnya checkin jam 2.00 petang, tapi pemilik baik hati benarkan kami checkin awal. Belum jam 12 kami dah dibenarkan masuk bilik.  Berehat sekejab, selepas  solat zohor & asar kami keluar ke ERHAI LAKE naik DIDI.
















Dah puas jalan2 di situ kami balik hotel, malamnya kami jalan-jalan di Dali Ancient Town ja. Selesai hari pertama di Dali.  Sebelum masuk bilik, kami maklum kepada pihak hotel kami akan checkout jam 6.00 pagi kerana train kami jam 7.20 pagi. Kami diminta letakkan kunci di atas meja di ruang reception.


















EXPENSES 25/8/2025

Dinner mee tarik RM39.2

DIDI ke railway kunming 100

DIDI ke hotel RM33.16

LUNCH at Lanzhou 55

ROTI RM25

DIDI - ERHAI LAKE 12.6

DIDI - hotel 14.30

ROTI kedai muslim 24

MAGNET 11.97

TOTAL DAY 1 -  217.87/1.65= 132.04+97.36=229.40

 

26/08/2025 – DALI - LIJIANG

Train kami jam 7.45 pagi, jam 6.00 pagi kami dah checkout sebab takut lewat,  ketinggalan train pulak nanti. Awal pagi DIDI susah nak dapat, kami  ambik TAXI ke sana. Seperti biasa sampai sana kena scan beg, menungggu beratur sampai gate dibuka jam 7.30 pagi.  Kat sini jumpa group semalam, depa pun nak ke Lijiang. Depa bagi tau sampai Lijiang depa terus ke Tiger Leaping Gorge, depa ambik “DAY TOUR” dengan agen.










9.30 pagi kami sampai di Lijiang, ambik DIDI ke hotel. Hotel kami (166 Hotel – Lijiang Ancient City) di pinggir Lijiang Ancient Town. Kalau hotel di dalam kawasan Ancient town, jalan berbatu tak boleh nak tarik luggage.

Sama macam hotel sebelum ni, kami disambut mesra oleh pihak hotel. Walaupun checkin sepatutnya jam 2 petang tapi pihak hotel murah hati bagi kami checkin awal. Jam 11 kami dah checkin.

Kami book JDSM (Yulong Mountain) guna TRIP.COM, masalah timbul sebab no passport salah dan tiket di hantar ke WECHAT. Masalahnya kami takde akaun wechat, terpaksa mintak tolong staf hotel guna wechat dia untuk dapat tiket. Alhamdulillah berjaya betulkan masalah no passport dan tiket ke JDSM, selesai masalah tiket JDSM.

Itenari hari pertama di Lijiang sepatutnya ke Black Dragon Pool, Lijiang Ancient Town, Baisha Old Town. Tapi kami dimaklumkan Black Dragon Pool sebelum 6.30 petang bayaran masuk 50 yuan tapi kalau masuk selepas jam 6.30 petang percuma.

Tukar iternari dari Black Dragon Pool ke Lijiang Ancient Town. Besar Kawasan ni jenuh menapak, kalau orang sakit kaki tak sesuai aktiviti ni. Dah puas pusing-pusing kat sini balik hotel solat zohor dan asar.










































Patutnya itenari hari pertama lepas ke Black Dragon Pool ke Baisha Ancient Town, tapi disebabkan itenari dah berubah tukar lokasi dari Baisha Ancient Town ke Tinghua Valley. Kawasan ni laluan nak ke Jade Dragon Snow Mountain - JDSM (YULONG SNOW MOUNTAIN).

Lepas rehat kami ke Tinghua Valley, ambik DIDI ke sana. Bayaran masuk sorang 88 yuan, cantik tempat ni. Dah puas posing di sini hampir maghrib baru balik. Takde DIDI kat sini, kami guna prebet sapu yang dok tunggu di luar kawasan taman ni. Dengan DIDI waktu pergi 30 yuan ja, balik naik prebet sapu 50 yuan. 






























































































Lepas solat maghrib & isyak pergi ke stesen bas naik DIDI nak beli tiket bas ke TIGER LEAPING GORGE, tapi dah lewat stesen bas dah tutup. 

Ambik DIDI pegi ke Lijiang Ancient Town, tapi mungkin dah lewat sampai, nampak ramai group Malaysia dah nak balik. Frust sikit ingat dah selesai aktiviti di situ. Jalan2 jumpa kedai halal kat situ, terus dinner hotpot. Tapi macam tak puas makannya, biasa makan nasi, ni sayur & daging ja mana nak puasnya.

Lepas makan balik hotel tido awal esok awal pagi nak ke JDSM, sebelum tu beli 4 botol  oksigen di hotel untuk ke JDSM. Wajib beli kalau nak naik JDSM, oksigen sangat-sangat nipis di sana, kita akan rasa sesak nafas.


EXPENSES 26/8/2025

(Hotel- Dali railway)  DIDI 44

(Lijiang Railway ke hotel) DIDI  26

DIDI - TINGHUA VALLEY 80 (30+50)

ENTRANCE TINGHUA 88x3 264

DIDI - stesen bas 10

dinner sup hotpot  55

oksigen 40

TOTAL 519/1.65=314.54(RM)


27/08/2025 – JADE DRAGON SNOW MOUNTAIN (YULONG SNOW MOUNTAIN)

7.00 pagi ambik DIDI ke Yulong Snow Mountain.  Sebelum masuk kawasan pergunungan kena bayar fee sebanyak 100 yuan seorang. Sampai kawasan tu terus cari tempat nak naik cable car, di bangunan sebelah kiri. Dah beratur lama, bila sampai turn kami tak boleh masuk sebab tiket kami jam 9.30 pagi.  Kami gerak ke tepi bagi laluan orang lain dulu.













Jam 9.00 pegi balik kat kaunter masuk, kali ni petugas tu bagi masuk. Selesai kat situ naik bas ke cable car. Sampai di kawasan cable car kena beratur lagi nak masuk cable car, kat sini dah mula terasa nafas tak berapa selesa. Sesekali sedut oksigen yang dah di beli, harga 10yuan sebotol. Kalau beli kat sini 30yuan sebotol.

Kami berjalan perlahan-lahan sampai ke puncak, tak tahu berapa kali berhenti mintak nyawa. Alhamdulillah sampai juga ke puncak 4680 meter, sekejab ja kat atas tu manusia punya la ramai.

















































Lepas turun bergerak ke Lijang Impresion Show, tiket jam 1.30 tapi kami lewat sampai sebab ambik masa kat glacier park. Tak berapa nak enjoy kat Impresion Show ni sebab tengah panas lit-lit.


Selesai show bergerak ke Blue Moon, patutnya lama kat sini tapi dah buang masa di glacier dan Impresion show. Tempat ni cantik sangat, tapi manusia ramai tak tahu nak selit di mana nak ambik gambar. Patutnya sampai je kawasan ni terus ke Blue Moon dulu mungkin orang tak ramai sangat.

Selesai ambik gambar beratur naik bas, dekat 40 minit jugak beratur nak naik bas ni. Summer season ni rakyat dia semua bercuti di Yunnan sebab di sini suhunya sejuk. Sampai bawah book DIDI ke hotel, masa pegi 67.90 yuan, balik mahal sikit 81.90 yuan.









EXPENSES 27/8/2025

DIDI - JDSM 67.9

ENTRANCE YULONG yulong 30065‎ = 181.818

DIDI - hotel 81.9‎ = 49.636

Dinner 7+16+22+30‎ = 75

TOTAL 524.80/1.65=318.06(RM)

 

28/08/2025 – TIGER LEAPING GORGE (TLG)

Hari ni awal pagi dah keluar ke stesen bas Lijiang, kalau ada tiket ke Tiger Leaping Gorge kami kesana kalau takde kami ke tempat lain. Alhamdulillah ada  tiket jam 8.30 pagi, kami ambik return tiket 100 yuan sorang.




Perjalanan lebih kurang 2 jam, bila dekat nak sampai kawasan TLG, ada staf naik jual tiket masuk 45 yuan seorang. Kami tambah beli tiket escalator 70 yuan sorang, jadinya semua sekali 115 yuan.  Kalau tak ambik tiket escalator jenuh nak turun ke kawasan sungai tu, turun satu bab naik lagi satu bab. Lama jugak kami kat sini nak tunggu bas jam 2.30 petang.








































Selesai di TLG balik hotel solat zohor dan asar, rehat kejab lepas tu dekat 6.15 petang kami keluar balik nak ke Black Dragon Pool. Hari pertama di Lijiang sepatutnya kami ke sini tapi itenari berubah hari terakir baru dapat pegi. Nak percuma pegi sini selepas jam 6.30 petang.

Tempat ni kawasan rakyatnya beriadah, cantik jugak tempat ni. Kat sini jumpa minah Saleh dari Perancis “solo traveller” mintak tolong ambik gambar dia. 














































Lepas pusing-pusing bergerak keluar dari taman, hujan pulak turun masa ni. Nasib baik baju hujan sentiasa bawak waktu di sini tapi hujan nya kejab ja. Ada stall jual buah di tepi tempat kami berteduh, kami beli buah kat situ. Bila hujan dah reda sikit kami bergerak ke Ancient Town cari makan malam.

Masa perjalanan pegi ke Ancient Town bercerita dengan afiq sejarah cina, Mao Zedong dari Parti Kuomintang.  Sedang  bercakap tiba2 terperasan tengah lalu kawasan patung, bila pegi dekat biodata rupanya tu patung Mao Zedong. 







Di Ancient Town jumpa group dari Malaysia tapau makanan, group medik dari U Putrajaya. Lepas sembang2 kejab depa balik, kami makan di situ Mee dengan kanji. Mee lupa nak snap.



Lepas makan jalan kaki balik hotel, makan tadi tak puas berenti makan lagi kedai dekat hotel. Sedap betul ayam goreng kat situ.


EXPENSES 28/8/2025

Didi - BUS STATION 10

Bas TLG 300

Tiket TLG 135

ESKALATOR 210

gula2 23

Didi – BLACK DRAGON POOL 8.50

buah 27

mee 15

dinner RM24

TOTAL : 728.5/1.65=441.51+24=465.51(RM)

 

29/08/2025 – LIJIANG SHANGRILA

Train ke Shangrila jam 8.05 pagi, jam 7.00 pagi kami checkout menuju ke Train Station.  Perjalanan dari Lijiang ke ShangriLa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sampai di Shangrila kami dijemput oleh pemilik hotel. 







Disebabkan masa checkin jam 2.00 petang, kami keluar dulu jalan2 sekitar hotel. Dalam perjalanan jumpa kedai makan muslim, kami  singgah makan nasi goreng dan mee (macam mee sup).









Lepas makan kami ambik DIDI ke Napahai Lake (Grassland), tapi disebabkan hujan tak selesa kat sini. Kalau ke Heido Café lagi selesa agaknya. Tiket masuk ke napahai 30 yuan, pusing2 sekejab ja, lepas tu keluar.




Ada booth memanah di tepi napahai lake, afiq kesian kat orang tu dia masuk main, lepas dia baru ramai orang join. Afiq dapat hadiah selendang dari tokey kedai sebab berjaya kena sasaran. Selesai memanah ambik DIDI balik hotel.  Sampai hotel belum jam 2, tunggu lagi sampai bilik sedia.


Lepas solat zohor dan asar kami keluar ke Dukezong Ancient Town. Cantik tempat ni, tapi disebabkan hujan tak selesa nak jalan. Habis pusing2 kawasan ni balik hotel, sebelum tu singgah kedai makan muslim makan hotpot.


























































EXPENSES 29/8/2025

HOTEL – LIJIANG TRAIN STATION (DIDI) 20.5

Bayaran Trip BALAGEZONG 690

lunch 60

enterence grassland 90

didi ke grassland 30

didi ke hotel 38.8

dinner 203

TOTAL : 1132.3/1.65=685.24 (RM)


30/08/2025 – BALAGEZONG TRIP

7.00 pagi pemilik hotel ketuk bilik sebab dah lewat nak pegi trip Balagezong. Dia hantar kami ke tempat van, rupanya semua dah ada menunggu kami. Perjalanan lebih kurang 2 jam untuk sampai ke kawasan Balagezong. Sampai kawasan tu tukar van naik bas pulak.

Jalan kat sini memang mencabar tapi view dia memang superb. Bas berhenti di tempat2 yang menarik untuk ambik gambar.  Di sini kami jumpa couple Chinese muslim dari Kunming.



































Selesai kat puncak turun balik singgah di Grand  Canyon, aku dan afiq ja yang jalan kawasan ni. En somi dia penat tak mau jalan, dia nak rehat.

Kami menyusur jalan di tepi Canyon sampai ke hujung, rupanya di hujung jalan ada sebatang sungai yang sangat cantik dan  jernih warna kehijauan. 











Dah puas ambik gambar kat sungai ni kena jalan balik ke tempat bas. Nak jalan dah tak larat sudahnya ambik bot 120 yuan. Ada sorang pelancong Chinese dari Fujian dia nak naik bot tapi tak boleh sebab dia sorang dia join kami.


Sampai kawasan bas, afiq terus solat zohor dan asar, dia dah ambik wuduk di sungai tadi. Lepas afiq solat naik bas balik ke van. Sementara menunggu van sampai lepak2 sambil ambik gambar. Van sampai terus masuk, dalam perjalanan tido je sebab penat berjalan. Ingatkan van akan hantar sampai ke hotel rupanya tak, sampai kawasan Dukezong ambik DIDI ke hotel.







Lepas solat zohor asar keluar balik ke Dukezong Ancient City, jalan2 lagi di kawasan tu. Penat berjalan balik hotel sebelum tu singgah makan malam di kedai hari pertama sampai.


EXPENSES 30/8/2025 BALAGEZONG

RAFTING 240

DIDI - hotel 9.38

DINNER 69

TOTAL : 192.98/1.65‎ = 116.958 (RM)

 

31/08/2025 – SHANGRILA – KUNMING

6.30 pagi checkout sebab train kul 7.20 pagi,  keluar dari hotel cari DIDI tapi takde, berjalan keluar ke  jalan besar cari Taxi, nasib baik ada.   Dekat jam 7.00 baru sampai train station, kelam kabut pagi tu. Nak masuk train station kena scan beg dan passport banyak prosidurnya, takut ketinggalan keretapi.

Perjalanan Shangrila Kunming hampir 6 jam, jenuh dok dalam tu. Seeloknya Shangrila Dali tak lama sangat dalam 4 jam ja. Sampai di Kunming nak cari DIDI tapi tak tau nak PIN di mana, sudahnya ambik TAXI. Kalau DIDI murah sikit, TAXI mahal.

TAXI hantar tak sampai ke hotel mungkin sebab lorong tu sempit, kami kena menapak ke hotel (Mingfanju Hotel – Kunming Golden Horse Bijifang Old Street). Selesa hotel ni, tapi pelik sikit lobinya di tingkat 27.

Lepas solat zohor asar keluar jalan2 di sekitar hotel, hotel ni dekat dengan masjid Shuncheng. Banyak kedai2 halal muslim kat kawasan ni tak susah nak cari makan.



Lepas makan berjalan menuju ke Kunming Old Town, beli souviner kat sini. Walaupun tak semurah di Dali, beli jugak fridge magnet dengan harga 8 yuan. Lepas tu ingat nak pegi taman tapi tak jumpa, sudahnya balik hotel. Lepas solat maghrib dan isyak keluar jalan tengok suasana malam di bandar Kunming. Meriah waktu malam di sini.





















EXPENSES 31/8/2025

TAXI – Hotel - Shangrila railway station 21.9

TAXI – Kunming Railway Station - hotel 19

LUNCH 38

MAGNET 48

DIDI – 7.56

DINNER 20+10‎= 30

TOTAL : 164.46/1.65=99.67 (RM)

 

01/09/2025 – KUNMING

Hari ni jalan2 bandar Kunming ja, ingat nak pegi Forest Stone tapi tak jadi. Lepas sarapan jalan2 lagi Kunming Old Town sampai 11 pagi. Bersiap nak checkout 12 tengahari, simpan beg di lobi hotel kemudian sambung lagi berjalan.  




Penat berjalan pegi ke masjid Shuncheng berehat  kat situ, jumpa group medik depa pun sama flight jam 2.30 pagi. Depa tengah mencari tempat nak letak beg, tak tau depa letak kat mana.


Bila azan aku pegi ambik wuduk nak solat magrib isyak, aku kena tegur dengan Jemaah sana sebab guna air yang banyak untuk wuduk. Depa kat sana ambik wuduk guna air yang di dalam cerek, punya lah depa berjimat air. Selesai solat kami pegi ke hotel ambik luggage, bergerak ke jalan besar ambik DIDI ke airport. 

Sampai airport terus cari tempat nak wrap beg extra. Masa checkin lambat lagi, afiq habiskan beli coklat. Masa tunggu kaunter buka, sembang2 dengan orang Johor, depa pegi guna Travel agensi. Bila kaunter buka terus ke sana beratur, sampai turn kami masuk timbang luggage, ingatkan dah selesai rupanya hand carry pun kena timbang sekali dengan beg sandang. Bila semua ditimbang lebih dari 21 kg, tak pasal2 kena bayar luggage tambahan RM117.00. Nasib baik duit dalam ewallet ada lagi, kalau tak nayer.

Selesai urusan di kaunter terus masuk boarding, Masalah timbul lagi kat sini. Selesai afiq diperiksa Imigresen,  turn en somi dan aku. Pegawai imigresen tak puashati maklumat dalam data airasia, nama berbeza dari pasport takde perkataan bin dan binti.  Lama jugak sebelum dapat pengesahan dari pegawai atasan. Afiq mungkin lepas sebab namanya panjang depa tak perasan. Selesai kat situ masa nak masuk flight sekali lagi beg ditimbang, straight  betul kat sana.

EXPENSES 1/9/2025

Breakfasts 29, barang2 lain - kek beras 7, kuih 7, stokin n topi 40, dumpling 11, kek 30, kek 52, topi n stokin 47, air 5, anggur 22, mee 13, fries 10, air 5 dan sushi 37

Didi 58 Hotel - Airport

TOTAL : 164.46/1.65=99.67 (RM)


2/9/2025 KLIA - IPOH

Kami tiba di KLIA jam 6.30 pagi, aku dan en somi keluar dulu nak solat subuh sementara afiq ambik Luggage. Aku mencari tempat solat tak jumpa sudahnya aku pergi ke tempat ruangan rehat departure solat di situ. Walhal dekat je surau dengan laluan keluar tapi aku tak perasan. 

Selesai solat bergerak keluar airport, sambil tu telefon syarikat parking maklum kami dah sampai. Lama jugak baru dia sampai, rupanya aku salah bagi info. Patutnya  sampai jam 8 pagi, aku tulis 10 pagi. Setengah jam jugak menunggu baru dia sampai, terkejut kami dia datang dengan VELLFIRE.  Rupanya dia dari rumah, staf dia tak masuk lagi sebab takde pelanggan pagi tu.

Lepas bayar charge parking RM140 untuk 10 hari, kami mencari kedai makan dekat dengan kawasan parking tu. Lepas makan kami bergerak balik, sepanjang jalan aku dan en somi tido ja, kesian afiq bawak kete sorang2. Berenti kejap di RnR Sungai Buluh afiq mengantuk, lepas segar sikit sambung perjalanan. Sampai rumah dalam jam 3.00 petang, tukar kereta pergi ambik abang (kucing) di Tasek. Kalau lepas jam 4.00 petang kena charge lewat.

Pengalaman 10 hari perjalanan ke YUNNAN DIY ada suka dan duka, kenangan suka duka pahit manis terpahat di sini.  Banyak berjalan luas pandangan, Alhamdulillah Allah datangkan orang-orang baik di sepanjang percutian kami, ALLAH permudah perjalanan dan pengembaraan kami. ALHAMDULLIAH

Untuk family aku, kami memang suka “vacation in winter season”, tapi untuk trip ni kami pergi SUMMER SEASON sebabnya YUNNAN adalah negeri di tanah tinggi, suhu di sini sentiasa sejuk walaupun di musim panas.  Catatan ni untuk simpanan sendiri sebagai kenangan. InsyaAllah sehingga jumpa lagi di lain perjalanan.  ASSALAMUALAIKUM.






YUNNAN

Bismillah… Pengalaman perjalanan DIY YUNNAN (Kunming, Dali, Lijiang dan ShangriLa) {24/08/2025 - 02/09/2025}.    ***Info YUNNAN YUNNAN - Sal...